Dec 30, 2011

Selamat Tinggal 2011,hai 2012.Dan selamat tinggal teknologi,hai buku :(

Hari ni dah tigapuluhharibulanduabelasduaribusebelas that means besok hari terakhir pada tahun 2011.And lupa pula assalamualaikum readers.Kalau ada lah readers nya,sebab aku ni pemalas gila nak update blog ni.Padahal onlinenya hari-hari.Tapi part nak menaip tu je yang malas.

Perasaan aku ketikaa ni?Teruja dan takut pada masa yang sama.Kenapa?Sebab teruja nak masuk 2012 dan nak menganjak ke umur 17 tahun tapi yang takutnya tahun depan dah SPM woii.Sumpah cuak.Masa cuti ni mana ada belajar sangat.Sentuh buku sikit sikit je.Tu je la.Lepas tu haremmmmm.Sibuk layan K-pop.Itu satu benda aku nak cerita ni.Actually aku bukanlah peminat k-pop.Jauh sama sekali nak suka.Kadang kadang aku tertanya apalah yang bestnya k-pop ni.Then bulan awal bulan 11,sepupu aku iaitu peminat susah nak mati k-pop tido rumah aku sementara cuti semester.Dia hari hari tengok k-pop then aku pun layan je la.Lama lama ambik kau,aku lebih tegar minatnya dari sepupu aku.Oh tidak oh tidak.Lantak lah apa korang nak cakap,k-pop sekarang dah menguasai diri aku.Haha.

Actually banyak kenangan manis dan pahit tahun 2011.Azam?Ada yang terlaksana,ada yang langsung tak.Tahun 2012 punya azam taknak banyak banyak.Sebab kalau banyak sangat azam pun takde terlaksana pun.Tapi satu je azam yang aku ada "Apa-apa je yang berlaku kat diri aku,redha dengan ketentuannya.Sentiasa berusaha dan bertawakal kepadaNya.Dan aku memohon kepadaNya agar aku dijauhkan dari perkara-perkara yang melalaikan.Yakin pada diri aku dan lakukan apa sahaja yang mampu menjadikan aku  insan yang terbaik di dunia dan akhirat"Tu je.Aku malas nak buat azam yang berjela jela sampai dua muka surat penuh tapi yang terlaksana sikit je.Taknak taknak.

Tahun 2011 actually macam macam yang berlaku.Blogger kita ada yang dah berkahwin.Pewitttt.Ada blogger yang aku pernah berkomunikasi,ada yang jeling menjeling ku bertentang.Rezeki tahun ni aku dapat masuk kelas aliran sains hasil usaha dari PMR.Memang impian sejak dari kecil lagi nak masuk kelas aliran sains sebab minat sains memang dah ada sejak kecil.

Cita cita sejak kecil pun common la doktor,setiausaha.accountan,guru,bomba.Common sangat.So bila dah masuk kelas aliran sains ni memang pressure tu sangat sangat pressure.Sampai ada kawan aku sanggup duduk kelas sebab pressure tu.So far so good la.Klau gagal pun jarang sangat.Tapi addmath tak payah tanya pun takpe,kalau agak pun mesti tepat nya lah.Sah sah asyik gagal je.HUAHUAHUA.

Cerita pasal blogger yang kahwin tu,mestilah che armster dengan kak hana.Pewittttttt.Tak sangka aku dorang bercinta.Blogger sama blogger.Memang hebakkk!Hehe.Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.Hehe.Dan yeahhh tahun depan tahun terakhir aku pakai baju sekolah ni.So lepas habis sekolah perkerjaan aku sebagai tukang gosok baju tak bertauliah tamat.Hahaha.Itu yang aku suka tu.

Apapun,aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kami sekeluarga.Wlaupun kami ada sedikit masalah kewangan,tapi masih mampu makan dengan kenyang.Syukur Ya Allah.

AND HAI BUKU!KITA AKAN BEKERJASAMA MENGHADAPI PERANG SPM TAHUN 2012.
HUWAAAAAAAAAAA:'(
Doakan aku ye kakak kakak abang abang adik adik semua..... :)


What i eat in a day for weight loss

On previous post, I talked about what i did to lose weight. This time, I'm going to show you guys what i eat in a day and what food I av...