Feb 25, 2011

Tutorial transparent header untuk korang.Wink wink!

Excited tak?excited tak?Actually dah ramai dan dah lama orang mintak tutorial macam mana nak buat header transparent ni.Tapi baru hari ni aku berkesempatan nak buat.Dan apa yang paling menggembirakan aku,tutorial kali ni menggunakan video.Maksudnya dalam bentuk video la.So korang lagi senang nak faham.Sebab kalau aku buat print screen,ambik masa yang lama dan entry tu jadi terlalu panjang.Aku akan pening dan entry tu akan masuk air macam aku.Korang pun nanti masuk air.Lepas tu stress,masuk air then masuk tanjung rambutan.Eh masuk ke tinggal?Okeh aku da merepek.

So enjoy it and good luck~~~!



Maaf suara aku agak serak sebab batuk yang tak elok elok.Dan cara cakap aku macam hampeh.Korang paham paham la ye.Tapi tapi tapi kalau korang ada benda macam konfius ke,atau tak paham ke tanya je aku.Syafiqah sedia menolong!!!!

P/s:Harap ini dapat membantu korang.Harap harap lepas ni header korang cantik ye.Kalau boleh korang buat la satu entry,tunjuk header pertama korang tu.Lepas tu link kan kat sini.Supaya nanti aku boleh usha,nak tgk berapa jauh kefahaman korang tu.Okeh?Wink wink*

p/s/s:tak payah nakal2 copy eh??

Update: Tutorial ni menggunakan Gimp dan photoscape.Tak guna photoshop
             Sila kuatkan volume speaker anda ye???Kalau boleh tahap maksimum!HAHA

Feb 23, 2011

Anwar Hadi dan Matluthfi awesome Vloggers Guys!

.
Sapa tak kenal Anwar Hadi?Sapa tak kenal Matluthfi?Sape sape?Cer cerita cer cerita.Rugi la sape yang tak kenal.Diorang ni vlogger yang mantoppp.Kalau depa buat lawak memang tak kering gusi.Rasanya raja lawak pun tak bermakna.Aku hari-hari dok menghadap video dorang.walaupun dah banyak kali tengok.Tak bosan.Siyess.



Yang ni antara video kegemaran aku.Yeah this is Anwar Hadi.



Ini pun sama.Yang ini pulak Matluthfi90.

Siyes.Dorang memang awesome.BI pun mantop.Dan yang bestnya dua-dua orang kedah tak silap keh.Dan dan dan dua-duanya sedang melanjutkan pelajaran kat luar negara.It like waaa awesome.








Yang dua dua video ni,anwar hadi mention pasal Matluthfi,matluthfi mention pasal Anwar Hadi.Memang best gila.Matlufti tiru cara Anwar Hadi cakap,exactly same.So baik korang usha cepat.


p/s:Entry kali ni aku memang excited gila.Haha.Melebih lebih betul.Hope satu hari nanti dorang dapat bergabung dan aku dapat jumpa ngan dorang ni.Bila lah kan?HAHA.

p/s/s:Dengar kata dorang dulu satu sekolah?



Feb 14, 2011

Aku jual tudung ke hape?

Tajuk entry bukan kemain lagi.Bukan hape,semalam disebabkan aku takde keje aku kemaslah selendang2 aku.memandangkan selendang2 aku bersepah sepah.Then bila aku letak kat hanger penyangkut selendang.perghhh byk betul selendang!Sungguhku tak menyangka.Ni yang aku katakan takde selendang?Agak-agak aku lah rasanya selendang aku dah cecah 50 helai da.Hambek kau.Tak hengat.Tak caya?


Haaa?Apa uollss mau kata?Banyak betul selendang tapi hari-hari pakai selendang yg sama je.Tu yang masalah tu.HAHA.Penyangkut selendang tu pun rasanya dah nak bengkok.Ngasakk!Alang alang pakai benda biar sampai rosak.Ye dak?

Tapi tapi tapi,Selendang yang paling aku suka selendang ni.


Tak tahu la kenapa aku suka.Mungkin sebab corak ngan warna dia kot.Yang inner tu beli kat Ayunar.Mencuba stail baru letak sepit kat inner.Hehe.Gimana?Cun?*keningkening.Ye la tak cun.FINE.merajuk dupuluhsaat ngan korang.

DUPULUHSAAT BERLALU..

Okeh dah tak merajuk dah.Pftttt*menggelabah.Haaa..Satu lagi.Titeww nak ngaduww niww tangann titeww pedih uhh.Taket tangat.


Taket tauuuww.Actually last week titewww kene seterika ni,tapi still pedih smpi skang sebab titeww ngade ngade kopek luka tuww.Ngade betul i ni kan?Ahhh.Gedik ni tak sesuai ngan aku lah.Hancuss jadinya.Haha.Buruk tangan aku jadinya.Ni sebab melayan adik aku bercakap ah ni.Sekali,hmmm sedap betul kena seterika.Nikmat betul mengalahkan makan aiskrim PaddlePop, PaddlePop bontot kau meletop.Amboi kaver kaver sikit*tutup mulut dengan aiskrim.

So kalau korang nmpk aku asyik pakai tudung lain-lain setiap hari,,korang da taulah kenapa kan?Kihkih





Feb 13, 2011

KebesaranMu-ST12 & Doakan Aku Berjaya



Lirik Lagu ST12 KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]

kebesaran-Mu Tuhan


Lagu Feveret aku.Actually entry ni bukan ada pape pun.Just nak cakap lately ni aku busy gila.Update blog pun tak sempat.Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur ada jugak yang masuk blog ni.Sayang korang lebih.And aku mintak korang doakan aku supaya berjaya dipilih untuk masuk jadi wakil peserta Syarahan agama peringkat zon daerah.Aku sebenarnya tak berapa yakin sebab tak silap aku,aku seorang je perempuan yang tawar diri nak masuk pemilihan tu.Then aku ni kurang ilmu pasal agama.Aku ni pula jenis yang susah nak menghafal.Dalam syarahan ni pulak aku kena hafal teks tu dengan dalil2nya sekali.Aku harap korang doa-doakan aku ye?

Satu lagi,korang doakan aku dapat asrama untuk intake yang kedua eh?Hope aku dapat masuk asrama supaya aku dapat fokus dalam pelajaran.Apa-apapun korang terbaik!


ASSALAMMUALAIKUM.
Kalau tak jawab dosa,
kalau jawab saaaayangggggg..Kih3

Feb 5, 2011

Gadis Semasa Sunsilk-Melda Ahmad

Gadis Semasa Sunsilk?Ye Gadis Semasa Sunsilk.Korang mesti tahu kan?Ala yang drama realiti kat TV3 setiap hari Selasa,pukul 6 petang mulai 11 Januari.Sekarang dah episod 4.Dan seyesly baru tadi aku tengok GSS ni kat Satoo.TV.Dan jujur dari hati yang ikhlas minda yang cergas aku suka gila dengan cerita ni.Meskipun 30 minit je,tapi memang best.Drama realiti ni adalah production yang ketiga selepas Impian Illyana dan Impian.Tapi apa yang membezakan drama ni,Sunsilk telah memilih seorang insan yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini atau gadis semasa.Dalam drama ini,MELDA AHMAD iaitu artis youtube kita,yang terkenal dengan lagu Putus dan Kimia telah dipilih untuk diasah bakat dan kriteria untuk menjadi gadis semasa.

Gadis Semasa Sunsilk

Dan drama ini ada terselit kisah benar tentang kehidupan Melda Ahmad.Melda ahmad adalah seorang pelajar dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara(UITM).Dia mula dikenali ramai setelah merakamkan lagunya yang bertajuk putus dan upload di dalam youtube.Lagu putus ini tercipta apabila dia mempunyai permasalahan di dalam percintaan.Dari putus cinta,sekarang lagu-lagu dia di dalam youtube sudah mencapai 200 ribu hits!Woow!


Lagu kedua kimia juga mendapat respons dari peminat dia sendiri termasuk aku.Sumpah aku suka lagu ni.First2 dengar je terus jatuh hati dengan lagu ni.



Dalam drama ini,Melda Ahmad akan dibantu oleh 3 mentor iaitu Ajai,Wardina Safiyyah dan Bambang.


AJAI
Pakar Vokal

Ajai akan mengekstrak bakat terpendam Gadis Semasa. Dengan kredibilitinya sebagai komposer, penerbit dan penyanyi, persembahan Gadis Semasa pasti akan lebih menyerlah.

WARDINA
Pakar Personaliti

Model, pelakon, usahawan dan pengacara terkemuka ini bakal membimbing Gadis Semasa agar perwatakan dan pembawaan dirinya sentiasa mantap dan yakin

BAMBANG
Pakar Dandanan

Pereka fesyen rambut terkemuka ini berperanan mendandan gadis semasa dari hujung rambut ke hujung kaki agar kelihatan menawan sepanjang masa. Bambang akan menggunakan produk Sunsilk serta ilmu yang dipelajarinya dari Thomas Taw untuk menyerlahkan keanggunan asli gadis yang terpilih itu.


Nothing much to say,kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak ikuti perkembangan drama realiti ni pergi usha kat http://www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk.Siapa yang terlepas tengok 4 episod GSS ni,boleh tengok kat link ni.Okehhh?*wink

p/s:MELDA AHMAD!You awesome!