Mar 30, 2011

Apabila Nabi Muhammad dihina.Siapa kau Jasmine Slalu Hepi?Astagfirullahalazim.

Aku tak tahu siapa Jasmine ni.Seyes tak tahu.Tapi aku ada tengok newsfeed kat facebook aku yang akak ni ada letak link facebook Si Jasmine niww pasal dia hina Nabi Muhammad.So aku terus stalk.Astagfirullah,sanggup dia hina Nabi Muhammad?Walaupun agama kau kristian sekalipun,perlu ke menghina agama lain?Perlu?


(Klik untuk tumbesaran yang sihat)















 Baca je la korang status2 dia.Rasa geram kan??Even dia kristian sekalipun tak perlulah nak kutuk agama Islam,apa masalah dia pun aku tak tahu.Kalau dia agama Islam,lagi rasa malu.Klau korang nak tau dia ada satu lagi page,tapi dalam page yg satu lagi tu dia kutuk pulak agama kristian.Aku macam haa????Agama Islam kutuk,agama kristian kutuk,sekali lagi APA MASALAH PEREMPUAN NI?

Dan kita sebagai umat Islam rasanya lebih baik berdoa agar tiada lagi manusia seperti dia yang akan menghina Nabi kita iaitu Muhammad.Moga bukakanlah pintu hatinya.Rasanya tak perlulah kita nak mencarut kat wall dia tu,sebab dia lagi suka kita mencarut-carut.Kita bukan dapat pahala mencarut ni,dosa ada laaa.

Last but not least,tengok favourite quotations dia,


Perghhhh.


Mar 29, 2011

Form 4 honeymoon year?Toksah kencing lah!



Haha seriously memang form 4 bukan honeymoon year.Kalau korang rasa form 4 ni honeymoon year,yess anda menuju kegagalan yang hakiki.Ini baru bulan 3 tapi buku latihan nak habis dah.Baru bulan 3 okehhh!Lagi lagi mathematics.Aiyoo mama appa,bukan main banyak lagi latihan cikgu kasi,tapi nak buat macam mana,itulah caranya nak score A+ dalam mathematics.Hammmmboiii kemain lagi A+.Yakin boleh gituww.And and and haritu ujian satu aku dapat 55% je dalam math.Okeh aku macam seriously wt?Bila bincang balik soalan kertas tu,aku rasa macam nak hantuk kepala laju-laju sebab senang la wei.Aku boleh tersilap jalan kerja.Terus jadi salah benda tu.

Addmath toksah cerita ahh.Aku rasa kalau korang suruh aku berlari 10 pusingan padang pun,aku rasa aku habis dulu lari 10 pusingan dari habiskan satu soalan addmath.Tah tah aku still melopong tengok soalan tu sambil air liur meleleh tanpa ada tanda nak berhenti meleleh air liur tu.Okeh melampau nyewwww.Aku dapat berapa addmath?Jangan buat aku frust menonggeng eh tanya soalan macam tu.Okeh okeh lah aku bagitau #TadiFrustKonon,aku dapat 24% je!Yeahh 24 per seratus.Aku tau aku hebat gimmepai plisss.

Yang lain so far so good,tapi fizik ngan kimia memang aku kena study betul betul sebab dua dua dapat 48 jewww.Bio dapat 56.Puas hati la jugak sebab ingatkan selama ni bio tu mmg gila gila susah actually tak sebenarnya.Cuma korang kena byk hafal la.Rajin menghafal!

Kesimpulannya,semua benda akan jadi senang kalau kita rasa benda tu senang.Kalau rasa susah,susah lah jadinya.Aku kena fokus studi,kalau tak frust aku time periksa SPM tahun depan.Walauponnnn lambat lagi tapi kena sentiasa pandang ke hadapan.


P/s:Ada orang kata,kiamat akan terjadi tahun 2012.Wallahuallam!Tak tau la kan.Ajal maut semua kat tangan tuhan.


Seperti biasa,gambar takde kena mengena ngan entri,just nak tunjuk betapa comelnya perut adik aku.Heeehh.Comel tak?comel tak?

Mar 28, 2011

Tips nak buat duit dengan blog!

Ewah ewah ,ewau bulee ewau buleee.Siapalah nak ikut tips blogger picisan macam ika kan?Earning pun RM50 pun belum capai,ada hati nak buat tips *ayat merajuk*.Entry ni bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk.Absolutely no.NO NO NO!Tapi ada orang yang mintak tips macam mana nak jana pendapatan melalui blog:)


Bab yang "I minat tengok blog u" tu,Aku rasa nak naness.Terharuuuuuu.Nama pun nampak macam lelaki,eh jom couple.Eh perempuan,sukahati je!Ngehh.

Aku nak buat entry ni pun aku rasa berbelah bahagi sebab earning aku pun sikit gila.Cash out pun belum pernah.Tapi sebab orang dah mintak tolong,apa salahnya kita tolong kan?Aku akan cuba tolong sebaik mungkin.

Okeh jom mulakan pelajaran kita.Sebelum ni aku seorang pelajar,sekarang aku nak mengajar pulak ye anak-anak murid.

Ramai orang sekarang ni dah ada blog,tak kesah la personal blog ke,business blog ke or etc.Tapi kebanyakan yang aku nampak personal blog la selalunya.Tapi ramai yang tak sedorr yang blog ni pun boleh jana pendapatan atau bukan dorang tak sedorr tetapi dorang tak tahu mcm mana caranya.

1)Daftarkan blog anda di pengiklanan online.

Aku tak tahu nak klasifikasikan syarikat online ni apa,so aku namakan je la pengiklanan online.Contoh pengiklanan online ni seperti Nuffnang,Adverlets dan macam-macam lagi,Tapi saranan aku ambik Nuffnang sebab kebanyakan blogger gunakan Nuffnang dan dijamin selamat.Nuffnang ni syarikat pengiklanan online yang akan memaparkan iklan kat blog korang.Contoh iklan tu macam Nescafe,Nokia,Digi etc.Syarikat ni lah yang akan membayar kepada korang duit iaitu earning berdasarkan pelawat blog korang.


2)Pasang iklan di blog korang.

Eh eh ingat dah daftar terus dapat duit?No no.Korang kena pasang dulu Ads/iklan.Cara ni supaya iklan tu boleh terpapar kat blog korang.Contoh Ads tu seperti gambar bawah.


Tutorial nak pasang Ads pulak klik ni---->klik sini

3)Promosikan blog korang.

Promosi ni bukan macam korang pergi pasar malam lepas tu memekik "Mai mai sini mai,cheq nak habak ni,layarilah blog cheq bla bla bla,panas macam pisang goreng panas..maiii".Uihhhhh.Not like that ok!Kan korang ada facebook la,twitter la kan?Apa gunanya kalau ada facebook atau twitter kalau korang tak promosikan blog korang tu kan?Jadi gunakan laman sosial lain untuk tarik pengunjung datang blog,baca blog korang supaya baru dorang tau tak kenal maka tak cinta.

4)Kenapa perlu ramai pengunjung pulak?

Kita perlu ramai pengunjung supaya syarikat iklan yang disiarkan melalui nuffnang tu akan percaya kat kita untuk siarkan iklan kat blog kita.Faham tak?Lepas tu bila kita dah dapat iklan tu,pengunjung yang ramai tu akan menolong kita dapatkan banyak earning.Dan inilah yang dikenali sebagai BUFFERED EARNING.Klik sini untuk tahu pasal buffered earning.

5)Cara cara nak nak tarik pengunjung?

First,macam point yang sebelum ni.Promosikan blog melalui laman sosial yang lain.Second,sesekali buatlah entry yang mempunyai keyword yang selalu orang search atau buatlah entry yang sedang HOT dan popular seperti sekarang ni pasal Gempa Bumi,tsunami dan pasal Akademi fantasia 9 pun bolehhh.Ini juga dikenali sebagai SEO.Entry macam ni lah yang buat orang ramai berkunjung kat blog korang.Sebab sekarang ni kan zaman teknologi?Ramai orang tau pasal isu semasa ni pun selalunya dalam internet.Zaman teknologi katakan.Budak tadika pun dah ada handphone,siap dengan wifi gitu lorhh.HAHA.

6)Macam mana kita buat entry macam tu boleh tarik pengunjung pulak?

Seperti yang dikatakan tadi,ramai orang tahu isu semasa ni melalui internet.So dorang mestilah akan search kata kunci seperti gempa bumi atau tsunami kat google.Tiba-tiba keluar pulak link blog korang sebab blog korang tu ada buat entry seperti gempa bumi dan tsunami.Korang untunglah,kot kot dia tekan link blog korang dan masuk.Korang dah dapat pengunjung dah.Nampak strategi tu ?Bonus pulak kalau dia baca entry korang tu then tertarik dengan blog korang yang berinformasi tu dan terus jadi pembaca tegar blog korang.Nampak?Nampak?Hihi.

Jadi itulah saja enam point.Eh dah habis?Cehh cehh senang kan?Tak susah pun sebenarnya.Aku cakap macam aku dapat byk earning.hehe.Percayalah cara-cara ni akan buatkan korang dapat duit hanya dengan berblogging je sebab dulu earning aku RM0.00 sen je tapi terus mendadak jadi belas belas ringgit dlam masa yang singkat.Dari korang asyik mengumpat tu lebih baik buat blog kan?

So harap-harap tips ni dapatlah bantu korang.Tak banyak, sikit pun takpelah.Aku pun tak expect high aku dapat banyak earning sebab aku sendiri pun jarang update.Blog pun selalu sgt private.Yang penting korang kena RAJIN.Itu je yang penting sebenarnya.

Kalau korang rasa macam ragu ragu pasal benda ni,,ce try tengok blog Cik Epal kita ni.Yang baru-baru ni masuk remaja then dapat earning sampai RM2000+.Tahniah!Belum lagi earning sebelum2 ni yang dia dah cash out.Banyak tu.Gaji korang kerja kat 7E pun tak sebanyak dia.Tak percaya?



Haha.Kau hadooo?Non hadoo kan?Hahahahaha.Selamat mencuba!

Lirik lagu Resah tanpamu-Titi Kamal Feat Anji Drive


Really love this song.Sweet je.Sape yang tak pernah dengar tu,enjoy!



sayang aku tahu
kita tak banyak bicara
kau jauh disana
ku menyimpan tanya

sayang aku tahu
kita tak banyak bertemu
namun hanya kamu
yang ada di hati

reff:
jangan sampai kau lukai hatiku
aku resah lalui waktu tanpamu
jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu... percayalah...

sayang aku mau kita
'kan slalu menyatu
walau kadang rindu
menyiksa batinku

sayang aku mau
jangan pernah kau meragu
walau aku jauh
hatiku untukmu

jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu... percayalah...

repeat reff [4x]

Mar 26, 2011

SyafiqahEzamShah Blog under construction.Template baru.WOOT WOOT.

(Credit to BelogCapAyam)

Nampak tak template baru?nampak tak?nampak tak?I'm in love with this new template.Awwwww.Tapi tak siap lagi ni.Banyak lagi nak kena buat.Nampak doodle budak sekolah kat header?Itu doodle ika sendiri.Masih sakai lagi tapi practice make perfect kan?So cadang cadangkanlah lagi apa yang nak dibuat dengan blog ni.


TO KAK LASKAR PELANGI: Template akak,adik buat lepas siap adik punya template ni ye?Hehehe

Mar 15, 2011

Apa yang aku buat sepanjang tak updet blog dan cerita picnic bersama kak shara dan sarang platipus yang tak dicerita lagi.adoii lambat betul!

Perghhh mesti korang kata ADA AKU KESAH?wei sentap wei sentap.Dah la visitor blog ni makin berkurang.Lepas tu beberapa hari ni aku private blog sebab blog aku ada masalah,ye la aku pergi gatal-gatal usik HTML tu pehal.kan da kena?Padan muka.So skali lagi blog aku bertukar template.lama tau nak cari idea buat template ni?Perghhh gila =,=

Siyes aku da lama tak update blog.Busy wei busy.Okeh alasan je tu.Actually aku malas.But gua nak cecite sikit apa yang berlaku sepanjang gua tak update blog ni.


1)Gua wakil sekolah untuk syarahan agama sempena Majlis Tadarus Al-Quran.

Perghhh bangga siot.Gila tak?Gila tak?Walauponnnn tak menang,bangga tu ada.Tapi satu je,PEHAL AKU TERGAGAP-GAGAP WEI TIME PRESENT KAT DEPAN?pfftttt.Padahal aku hafal.Bila kat depan je aku jadi gelabah.Tapi still ok la aku habiskan jugak walaupoonnn merapu dari seorang budak ni time intro je dia lancar then dia lupa terus tarik diri.Menangis kat luar.Aku kesian je ngan dia.Tapi nak buat mcm mana kan?



woi woi jelesss tak?KEHKEH.

2)Ujian 1 2011

Pftttt baru aku tahu betapa seksanya nak menjawab kertas addmath.Gila lah.Padahal sehelai je kertas tapi aku jawab cuma soalan 1 ngan 2 je.HAHA.Failed itu memang aku yakin.Tak pernah seyakin ni.Kertas lain takde masalah.cuma ada kesulitan kat kerta fizik je.But it's ok.

3)Nak wakil sekolah untuk Public Speaking.

Lagi sekali GILA TAK?speaking wei speaking*sambil jentik rambut.Tapi belum lagi la.12 April ni pertandingannya.So lama lagi.Boleh rilek lagi,cuma aku risau ngan pronounce aku.nevessss.



DAN DAN DAN.

Aku lupa cite ngan korang eh pasal aku pegi picnic ngan sarang platipus ngan shara bunga?

Cerita lama tapi baru hari ni nak cerita.perghhh rasa nak lempang tak?hihi.Aku lupa aku tak cerita lagi.Tapi best sangat dapat spend time ngan dorang.Picnic kat klcc tu hmmm syok ah.Siap pergi tgk wayang lagi.Cite Pocong malam jumaat tak silap.Yang paling kelakar sekali,suara tipus paling kuat dalam wayang tu.Haha.Gila lah.Sabar kak tipus.sabar!haha.


Ngan kak shara:)))



Kawan gua Faridah.





Gambar feveret aku.Korang hadoooo???HAHA



Time tu Kak Shara bawak mee.Masak sendiri tau.Sedap weyh.haha.Kak tipus bawak jajan.Dan aku bawak air.memang seronok gila.Hope dapat buat lagi.HEEE~~~.

dan dan dan nak tengok muka comel tipus???
=
=
=
=
=
=
=
=
teruskan berjuang
=
=
=
=
=
=
=
=
jgn berputus asa
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


TADAAAA!


Alolololo tomei tomei tomei.Aku tak tahu kenapa ada line kat bawah tu.Harap maaf.haha.

Ok tu je la aku nak cerita.Keh keh keh.