Dec 27, 2010

Big gathering Kat Times Square Hari Ahad hari tu buat aku jeles sebab kena balik awal ada peristiwa sadis berlaku kat tempat bowling.Arghhhh!

Disebabkan aku tengok ramai yang dah update pasal gathering haritu,aku pun taknak ketinggalan walaupun aku sempat jumpa dua orang blogger je.Sadis gila tahu.Aku memang sampai awal dalam pukul dalam 12 lebih(walauPOONN ada lagi sampai awal) tapi gila segan tahap nak mampuss aku nak tegur blogger lain.Aku datang dengan seorang kawan aku naik bus.Sampai je kat ts,terus terjah cosmo world.Okehh,memang ramai tapi mana bloggernye????Aku bukan cam kot.

Dalam beberapa minit lepas tu,aku nampak Che armster ngan beberapa blogger lain.Aku rasa ada Gadis terbilang dengan Ery Farieha kot.Entahlah.Tapi disebabkan aku segan,takdelah aku tegur.T_T

Sementara aku tunggu kak Shara datang,aku round satu Times Square.Tengok budak seksi pakai skirt angkat sikit boleh nampak tuuuttt buat persembahan kat tingkat 1 sempena krismas.Keh keh keh.


Budak ni takde keje buat flying kiss kat situ.Pelempang nak?

Dalam pukul 2 lebih,kak Shara sampai.Dia datang lambat sebab ada kenduri kahwin.Dengan sesaknya korang pun tahula kan??Yang gemblenye Kak shara datang pakai baju kebaya kot.Haha.Vogue gituwww!!

Jumpa je kak Shara,terus bergegas pergi tempat bowling.Sampai kat tempat bowling,aku tengok punyalah ramai.Sampai ada yang duduk kat lantai.Then,ada orang tgk kitaorang.Aku pun macam pehal dorang pandang2 ni?Oyeehh!Baru aku tahu itu semua blogger2 yang tgh duduk kat bwh tu.Kah kah kah.Mana aku cam kot!Then kak Shara minta tolong aku bayarkan bowling.Part ni yang best sebab kak Shara belanja bowling.Kak Shara pergi tegur blogger lain yang tengah main bowling.Aku nak tegur???Harap maaf.


Vogue tak???Haha

Part yang paling kelakar sekali,bila aku jumpa owner blog Sarang Platipus.Aku ingatkan selama ni owner blog sarang platipus tu lelaki tahu.Minus one balik,LELAKI tahu??Rupa-rupanya perempuan.Gila kentang.Comel kecik je owner dia.


Hehe.Ni la sarang platipus.Oyeahh comel tahu??



Yang sadisnya,time main bowling tu,kawan aku punya lutut boleh pulak buat hal.Terseliuh ke apa tah aku pun tak tahu.Dipendekkan cerita,kawan aku ni pernah jatuh basikal,seminggu tak boleh jalan.Tapi dah elok lah.Boleh pulak masa ni,lutut dia tu sakit balik.Dia pergi bantai menangis.Aku apa lagi,gabra gila la time tu.Bukan aku je gabra,dengan2 kak shara skali gabra.Aduihhh.Kalau boleh jalan takpe jgak.Ni nak straightkan kaki pun tak boleh.

Kitaorang terpaksa la jugak habiskan permainan bowling tu walaupun dalam keadaan gabra.Habis je main,kitaorang tolong kawan aku ni berjalan.Tapi tak boleh.Sekali kitaorang terpaksa minta tolong kat orang.Panggil medical.Memang havoc gila time tu.Semua orang dok pandang je.Memang hmmm.Nak cakap pun tak tahu.

Kitaorang terpaksa spend duit naik teksi balik.Itupun kena bawak kawan aku tu ke teksi naik kerusi roda.Haha.Gila kelakar.Memang sedih gila time tu tak boleh jumpa blogger lain.Padahal ada kat situ.Hope Blogger Malaysia boleh buat lagi la gath tu.


Inilah blogger yang tak sempat aku nak jumpa.Rina Salleh pun ada!Jeles campur mencik.Mencik mencik*sambil hentak2 kaki.

Btw,aku fun gila haritu.Thanks kak shara ngan kak tipus.Che armster pun tanya,pehal ta tegur.Dia cakap takboleh cam sebab ramai sangat tadi then dah la tak cukup tido kena cover mata pakai spek itam macam s.jibeng KATANYA.Keh keh.

Antara blogger yang pergi(copy paste dari blog kak shara)

13. Hizami Rahim - http://www.budaklelaki.com/
19. Cik Helena - http://www.cikhelena.com/
21. Shahrul Hairy Shaharuddin - http://www.shahrulhairy.com/
23. Nik Mashimaro - http://www.hatisamronkin.com/
34. Milimilo - http://www.milimilo.com/
35. Phreak-id - http://www.phreak-id.com/
37. Zelo - http://zelo55.com/
38. Andy Sahlam - http://andyhowtt.com/
43. Mohamad Zulhelmi - http://anakperak.com/
44. Che Armster - http://www.chearmster.com/
46. Red Linda - http://redlinda.com/
49. Cik Lily Putih - http://www.ciklilyputih.com/
50. Eyriqazz - http://www.eyriqazz.com/
54. Cik Sarang Platipus - http://sarangplatipus.blogspot.com/