Dec 30, 2011

Selamat Tinggal 2011,hai 2012.Dan selamat tinggal teknologi,hai buku :(

Hari ni dah tigapuluhharibulanduabelasduaribusebelas that means besok hari terakhir pada tahun 2011.And lupa pula assalamualaikum readers.Kalau ada lah readers nya,sebab aku ni pemalas gila nak update blog ni.Padahal onlinenya hari-hari.Tapi part nak menaip tu je yang malas.

Perasaan aku ketikaa ni?Teruja dan takut pada masa yang sama.Kenapa?Sebab teruja nak masuk 2012 dan nak menganjak ke umur 17 tahun tapi yang takutnya tahun depan dah SPM woii.Sumpah cuak.Masa cuti ni mana ada belajar sangat.Sentuh buku sikit sikit je.Tu je la.Lepas tu haremmmmm.Sibuk layan K-pop.Itu satu benda aku nak cerita ni.Actually aku bukanlah peminat k-pop.Jauh sama sekali nak suka.Kadang kadang aku tertanya apalah yang bestnya k-pop ni.Then bulan awal bulan 11,sepupu aku iaitu peminat susah nak mati k-pop tido rumah aku sementara cuti semester.Dia hari hari tengok k-pop then aku pun layan je la.Lama lama ambik kau,aku lebih tegar minatnya dari sepupu aku.Oh tidak oh tidak.Lantak lah apa korang nak cakap,k-pop sekarang dah menguasai diri aku.Haha.

Actually banyak kenangan manis dan pahit tahun 2011.Azam?Ada yang terlaksana,ada yang langsung tak.Tahun 2012 punya azam taknak banyak banyak.Sebab kalau banyak sangat azam pun takde terlaksana pun.Tapi satu je azam yang aku ada "Apa-apa je yang berlaku kat diri aku,redha dengan ketentuannya.Sentiasa berusaha dan bertawakal kepadaNya.Dan aku memohon kepadaNya agar aku dijauhkan dari perkara-perkara yang melalaikan.Yakin pada diri aku dan lakukan apa sahaja yang mampu menjadikan aku  insan yang terbaik di dunia dan akhirat"Tu je.Aku malas nak buat azam yang berjela jela sampai dua muka surat penuh tapi yang terlaksana sikit je.Taknak taknak.

Tahun 2011 actually macam macam yang berlaku.Blogger kita ada yang dah berkahwin.Pewitttt.Ada blogger yang aku pernah berkomunikasi,ada yang jeling menjeling ku bertentang.Rezeki tahun ni aku dapat masuk kelas aliran sains hasil usaha dari PMR.Memang impian sejak dari kecil lagi nak masuk kelas aliran sains sebab minat sains memang dah ada sejak kecil.

Cita cita sejak kecil pun common la doktor,setiausaha.accountan,guru,bomba.Common sangat.So bila dah masuk kelas aliran sains ni memang pressure tu sangat sangat pressure.Sampai ada kawan aku sanggup duduk kelas sebab pressure tu.So far so good la.Klau gagal pun jarang sangat.Tapi addmath tak payah tanya pun takpe,kalau agak pun mesti tepat nya lah.Sah sah asyik gagal je.HUAHUAHUA.

Cerita pasal blogger yang kahwin tu,mestilah che armster dengan kak hana.Pewittttttt.Tak sangka aku dorang bercinta.Blogger sama blogger.Memang hebakkk!Hehe.Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.Hehe.Dan yeahhh tahun depan tahun terakhir aku pakai baju sekolah ni.So lepas habis sekolah perkerjaan aku sebagai tukang gosok baju tak bertauliah tamat.Hahaha.Itu yang aku suka tu.

Apapun,aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kami sekeluarga.Wlaupun kami ada sedikit masalah kewangan,tapi masih mampu makan dengan kenyang.Syukur Ya Allah.

AND HAI BUKU!KITA AKAN BEKERJASAMA MENGHADAPI PERANG SPM TAHUN 2012.
HUWAAAAAAAAAAA:'(
Doakan aku ye kakak kakak abang abang adik adik semua..... :)


Nov 21, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda.Kemenangan Sea Games!

Alhamdullilah.Tu yang mampu aku katakan.Banyak sudah dugaan yang menimpa skuad Malaysia.Kena hina la,bendera kena bakar la,kena naik kereta perisai la.Tapi Allah tu maha Berkuasa.Alhamdullilah.

Aku puas dok menjerit.Bersyukur gila gila.Memang skuad Malaysia mantap.Dan yang paling aku respect,Malaysia ni tak mudah melatah.Kita tak berperangai macam Indonesia.Tak  bertamadun.Apapun tu je yang aku kata.Allahuakbar!

<3

Oct 3, 2011

Nuffnang sayang saya.Saya sayaaaaangg Nuffnang!Dan saya rindu kakak angkat saya!

Yeay yeay!Nuffnang masih ingat saya lagi.Yeay yeay dapat buffered earning lagi.Walaupun dah lama tak update.Tau tau je duit earning kitee seciput.Yeay yeay sayang nuffnang.Elehhh.Orang lain berlambak buffered earning.Aku je merangkak lagi.Untunglaaa.:)Eh eh Alhamdullilah.Rezeki.

And aku rindu gila dengan dua orang kakak kita ni:(


Rindu sangat.Rindu gila.Amat amat rindu.Kak shara ngan kak tipus.Bila lagi dapat spend time macam ni?:)

Oct 1, 2011

Tips-tips peperiksaan untuk pelajar PMR.

Memandangkan adik adik akak yang tingkatan 3 ni nak PMR pada hari selasa ni,akak ika ni *cewahh nak bagi sikit tips yang mungkin berguna untuk adik adik.Tips ni berdasarkan pengalaman akak sendiri.

1.Jangan buat persediaan last last minute.Benda ini sangat sangat penting.Bukan persediaan dari segi pelajaran je tapi dari segi alat alat tulis.Pembaris,pensel 2B,kalkulator,pemadam,apa lagi?Protractor.Semua yang berkenaan la.Kalau boleh dua hari sebelum hari peperiksaan dah siap siap beli masuk dalam beg terus.Ikat alat alat tulis korang tu dengan getah supaya tak hilang.Sebab mana boleh bawa pensel box dalam bilik peperiksaan kan?So pensel box yang jenama girls la,morgirl la,miss whatever la,dan sebagainya tinggal belakang.Yang penting sekarang getah ye adik adik?Hee:)

2.Pastikan slip peperiksaan dan kad pengenalan sentiasa ada.Kalau tak ada dua benda tak tahu la adik oi.Kalau pengawas peperiksaan tu baik hati takpe jugak tapi kalau jenis yang tegas punya?Adoi masak adikku sayang.Kalau rasa taknak slip tu koyak ke,kotor ke,laminated slip tu?*betul ke aku eja laminated.lantakk.Tapi kalau akak,takdenya laminated2 ni,redahhh je.HAHA.

3.Jangan baca buku sebelum masuk dewan peperiksaan.Seriusly jangan la buat benda haram jadah ni kalau taknak benda yg ada kat otak korang tu hilang.Elakkan ye?Yang penting sebelum masuk dewan tu, masa tengah beratur tu,relakkan minda.Tarik nafas banyak banyak.Fikir pasal benda yang indah indah.Banyakkan baca selawat.InsyaAllah.Mesti dapat jawab soalan tu punya lah.

4.Banyakkan buat latihan.Bagi yang suka sangat buat kerja saat saat akhir ni,kalau boleh jangan membaca sangat.Banyakkan buat latihan.Tengok soalan2 tahun tahun lalu.Supaya kita dah kenal dengan soalan soalan macam tu.Kita dah cam dah soalan tu.

4.Banyakkan buat solat sunat.Ini yang paling penting.Jangan mengulangkaji je tapi tak berdoa kat Allah.Minta kat Allah supaya urusan dipermudahkan.Amin.

So inilah 5 tips yang boleh akak kasi.Semoga berjaya!

Syafiqah Ezam Shah makin comel?

Wakluuuuu.Tajuk entry nak yoyoan je.Alahai rindunya kat blog.Btw Assalamualaikum readers!Dah lama aku tak update blog.Yeahh sangat lama.Entahla readers blog ni ada lagi ke tak?Wujud lagi ke tak blog ni?Traffik naik ke tak?Lupakan pasal semua tu.I just miss my blog.Dah lama dah tak berseloroh kat blog ni.Last sekali update blog 11 Ogos masa hari jadi.sekarang dah 1 Oktober.Subhanallah.Cepat sungguh masa berlalu.Tak sedar sekarang dah 1 OKTOBER.Final exam dah dekat.Lagi seminggu.Of course la bye bye sekali lagi blog untuk 3 minggu.Exam kan?Ish ish.Budak nak SPM tahun depan biasalah.Itulah kojenye.

Selama aku tak update blog ni,banyak cerita sebenarnya aku nak ceciter ceciter kat korang tapi takde masa je.First tentang pengalaman pertama pergi konsert iaitu konsert SUARA KAMI.Then,aku masuk pertandingan mencipta video kemerdekaan untuk pelajar sekolah menengah seluruh negara.Seluruh negara ok?Hari raya tahun ni tak cerita lagi kan?Kalau tak aku yg paling kepoh cerita pasal raya ni.Tah la tahun ni semangat raya melayang ke mana.

So apa cerita rakan rakan blogger sekalian?Dengar cerita kak Adriani Fashionista blogger dah kawen?Tahniah.Moga bahagia hingga ke akhir hayat.Then apa lagi?Tu jela kot yang aku tahu.Sedih betul.Nampak sgt dah lama tak jenguk blog.So harap harap korang doakanlah kejayaan aku dalam Final exam ni.Meskipun final exam tapi penting sgt benda ni.:)


:)

Aug 11, 2011

Selamat hari jadi SYAFIQAH EZAM SHAH:)

Aku bersyukur pada Allah sebab aku masih lagi bernafas.Terima kasih Ya Allah.Andd yeahh I'm 16 alreadyy!Hokaloh kau ! orang lain dah 16 tahun dah kau je yang terbantut baru hari ni nak 16 tahun eh eh ado aku kesahh?Hehe.Syukur syukur.Time bulan puasa lagi tu hari jadi aku.Berkattt.

Dan semestinya lah notifications aku kat facebook banyak.Trend sekarang lettewww wish kat Facebook.Kat handphone?Non adooo.Tapi yang part orang wish cuma taip HB ni yang aok tak berapa berkenan.Tak suweet langsung.Tapi terima kasihh cuma kalau boleh suweet suweet sikit.Amboi kau dah bagi betis nak peha*dushpelempangsedas*






















Terima kasihh tak terhinggaa:)Terharu*laphingus*

Dan ini barulah ucapan yang suweet
=
=
=
=






Dan moga budak ni lebih comel hendaknya lebih dari Lisa sughihani.Haha WAKLUUU!


Aug 5, 2011

Hubungan Dahlia Teck dengan Khairul Fahmi gosippp ke?

Jeng jeng jeng.Korang percaya benda ni gosip?Gosip ke?Bukan apa.Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin.Eh betul peribahasa aku ni?Ah lantakk.Dulu yo yo an je kacang tak lupakan kulit.Bertunang tanda cinta.Lelaki,bila pandang awek cun je terus cair ye dak?Lepas tu terus canang canang kat surat khabar dah putus tunang tanpa tunang tu tahu then cakap takde orang ketiga.


.
Kejadian putustunangtakretiretinakbagitau

Kejadian ehakutaktahupunbilakitaorangputustunang


Kita cer tengok pula luahan hati si Elia ni.

gambar dahlia teck

Adakah ini kacang tidak lupakan kulit?


Tak payah berteka teki sangat la.Jom kita usha gambar ni pulak ye.


Siapalah yang berpegang tangan dengan Dahlia Teck tu agaknya.Dari belakang nampak macam Khairul Fahmi.Kalau dari depan?

















OHYEAHHHH!


Memang aku respek Khairul Fahmi dari segi bola sepak.Memang terhebat.Tak dapat disangkal lagi.Tapi kalau bab gini memang tak tahu nak kata apala kan.Tak payah la nak kecoh cakap takde orang ketiga.Cuba berterus terang je terus.Kan senanggggg????Tak payah susah susah orang nak kena teru ramah kau pasal benda ni.

Percayalah pada hukum karma.Apa yang berlaku kat kita akan berlaku kat orang tu balik.


Prefer yang ini
 

atau yang ini?

gambar dahlia teck

Huehuehue.

P.S:Setahu aku Dahlia Teck ni baru lepasan SPM kan?Amboi taste muda.

Aug 3, 2011

Makin lama makin sunyi.

Korang pun tahu aku dah memang jarang update.Sangat jarang.Begitu jarang.Jarang,jarang dan jarang.Aku jadi garang nanti karang. nak?Huehuehue.Purata aku post entry sebulan sekali.Ahh nampak busy bebenor la ye?Busylah 'sangat'.Disebabkan kejarangan aku tu,nuffnang pun dah merajuk.Dah tak bagi earning dah.Huwaa:((.Ingat senang memujuknya.Nak pujuk kena minta bantuan korang supaya sentiasa singgah kat blog ni.Boleh?Ehh sayang korang!HAHA.

Sekarang ni dah hari ketiga berpuasa.Dah 3 Ramadhan.Alhamdullilah sepanjang 3 hari berpuasa ni,ibadah aku bertambah baik walaupun kurang sempurna.Tarawih pun aku belum buat lagi.InsyaAllah aku akan khatamkan Al-quran dan tunaikan tarawih walaupun tak buat setiap hari dalam bulan ramadhan.Aku akan sentiasa cuba perbaiki.Dan korang puasa tak ni??Puasa jangan tak puasa ehhh.

22 haribulan ni ada ujian 2 kat sekolah.Walaupun ujian tetap aku gerun sebab masa ni la aku nak menguji pelajaran aku ok ke tidak.Mesti purata yang baca blog aku ni,dah habis sekolah kan?Mesti korang rindu kan kat sekolah kalau baca blog gua ni kan?.Hehe.20 dan 21 haribulan sebelum ujian pula,aku akan join satu program anjuran satu persatuan iaitu IHYA' RAMADHAN.Sangat-sangat tak sabar sebab 5 orang je yang join setiap sekolah.Sekali sekala join program ilmu agama ni sedak jugak.Paling sedak,its freeeeee!Tinggal kat rumah banglo dekat Ampang Point gituw.Walaupun dua hari je,aku harap ia akan jadi hari yang sgt seronok!

Yang paling BEST,i'm gonna be 16 on this 11 August!Makin lama makin tua usia aku.Nasib baik masih belasa.Korang?Dah puluhan!Huehuehue.

So ini serba sedikit hal tentang aku setakat ni.Hope korang takde sampai meleleh air hidung baca entry aku yang agak kosong takde gambar takde seri orang kata.Oklah kbye!

#Wordless Wednesday

My first #WW picture!


Yeah sangat wordless kan?#MOHON AMPUN.haha

Jul 27, 2011

Semangat Harimau Malaya dah datang dah!

Besok ada perlawanan timbal balik antara Harimau Malaysia dengan Singapura.Jadi semangat aku sedang membara nak tengok bola tapi aku melara hati je lah tengok bola kat depan Tv je huwaaaa kesian tak aku?kesian tak?Aku sepatutnya ada kat sana sebab Muslim memerlukan aku OMG OMG perasannyewww sayeww.Walaupun Kat Singapura, Harimau Malaya ketinggalan 2-0 elehh ingat tak boleh kejar ke?celah ketiak pasukan Malaysia je la.Wangi lagi tuww sebab pakai brand AXE tu sebabnyeww aku jatuh cinta dengan diorang ishh tolong budak ni perasan lagi.Dan aku baca suratkhabar,da 60,000 tiket dijual.Amboi ada orang tu punya byk tiket dia borong tamak lahoba lahabau..


Saya punya yg Muslim tu nye?Alahai i'm melting.

Mesti gempak kat sana kan?Elehh kalau aku dapat pergi pun malulah takde jersey lagi.Ketinggalan zaman aku.Ishh bila nak beli jersey ni?Jersey ohh jersey.Harimau malaya sebenarnya lemah dalam pertahanan.Senang je bola masuk gawang.Padahal elehhh senangnyeww bola tu nak tangkap.And please Khairul Fahmi berusaha untuk khamis ni.Haritu punya penjaga gol macam taknak jaga je.Bola tu dia jeling jeling je.Tak patut ta patut.Yng masa Harimau muda lawan chelsea tu pulak dia punya serangan pulak tak mantap.


Penuhkan Stadium macam ni haa hari khamis ni.Kalau boleh setiap sorang bawak bendera hahaha.

Apa apa pun GO GO HARIMAU MALAYA.Anda boleh!Muslim boleh!Opsss.Hehe\

Muslim !


MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!HARIMAU MALAYA MENGAUMMMMM!

Jun 24, 2011

Music Video sekarang ni best best.

Hmmm.Kalau dulu music video mmg jarang sangat orang nak tengok sebab bosan mungkin.Lagi lagi kalau video klip untuk karaoke tu.Lagilahh.Setakat org lari lari guling guling then sorang sana sorang sini.Faham fahamlah maksud aku kan?Tapi zaman sekarang orang makin kreatif.Video klip pun dorang boleh buat macam cerita.Kalau tengok pun seronok je.Kalau boring mesti aku akan buka channel @15 nak tgk music video.Yang paling buat aku rasa seronok nak tengok dan ternanti nanti nak tengok,music video Akim.Yeahh!Akim!Cuba korag tengok music video Lagu Inilah cinta ni.



Then tgk pulak music video lagi Janji nii!


Bersambung sambung lagi tu.Kelas uolsss.Tak sabar pula nak tgk sambungan lepas lagu Janji.Kreatif gila kan?Lagu Shahir bekas kekasih aku ni *matakeatastangankebahu pun sama.Lagu Luar biasa.yang ni takde la bersambung tapi music video dia sangat best untuk ditengok.This is best bro!



Muka saiko gila kot!Haha.Menakutkan je.Haha.Memang best la.First time dengar lagu ni terus download,simpan kat handphone.the dengar malam malam sambil bermimpi aku ngan shahir berlari lari di pantai.Huahuahua.Apa pun tak boleh.Jangan percaya!Haha.Sorry la penyakit sengal bila menulis ni dah dtg.Elehh korang pun rindu kan?Eh eh merepek merepek!Dah lama tak post entry kan?kan?kan? Dan Music video yang ni mmg menyedihkan.



                      
Sedih kan?Selamat tinggal kawankuuu..Tak mudah aku pergiii..Huwaaa.Ok BYE!

  

May 20, 2011

Takziah buat owner blog telordibasuh.blogspot.com

Inalillahwainnalillahirajiun.Tak sangka.Aku baru tau pasal hal ni.Dia meninggal pada 19 May 2011 iaitu semalam.Walaupun aku tak berapa kenal sgt tapi menyinggah blog dia selalu jugak la.Tak sangka kan?Tu la ajal dan maut semua kat tangan tuhan.Kita sendiri pun tak tahu bila ajal kita sampai.


Dia meninggal sebab jangkitan paru-paru.Rasa sedih tu mesti la ada kan.Walaupun tak pernah berborak ke,jumpa depan depan ke tapi kita sebagai blogger kan,bila dah singgah blog dia baca entry dia rasa mcm kita dah kenal dia lama dah.


Mesti blogger lain yg dah pernah jumpa dia mesti lagi sedih kan?Orang yang pernah tempah t-shirt dengan dia.sungguh tak sangka.


Apapun moga arwah tenang kat sana.Al-Fatihah.

Hidup di dunia hanya sementara.Ajal dan maut urusan Yang Maha Esa.Kita sebagai hambanya harus selalu bersiap sedia.

May 6, 2011

Selamat Hari Ibu,mama!



Mama,ibu tercun abad ni.
Mama,walaupun kadang kadang hati mama ika sakiti
Mama,selalu sabar dengan karenah ika
Mama,selalu tengok WWF antara ika dgn adik-beradik
Mama,selalu naik darah bila balik umah
Mama,kulit putih,ika kulit hitam
Mama,selalu sabar menghantar ika ke sekolah pagi-pagi
Mama,menjaga ika sampai ika dah bosarrr ni haa
Mama,PENGORBANAN MU TIDAK TERHINGGA.

Kalau nak taip kat sini semua tentang mama memang takkan habis sebab mama ialah mama yg rock!Wlaupun   ramai yang cakap ibu dia adalah best mom in the world tapi mama tetap ibu yg terbaik untuk ika.


Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan 
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Mama,you're so one in a million!

Apr 23, 2011

Selamat bertunang untuk Che armster dan Hana Boleyn.Dan selamat pengantin baru Ailyl Rozanna

Bulan ni ada beberapa blogger dah bertemu jodoh dah.Che Armster Dan Hana Boleyn dah bertunang.Kak Ailyl dah berkahwin.Paling tak sangka Che armster dengan kak hana laaa.Amboi amboi amboi senyap senyap je.Rupa-rupanya dah berputik cinta ehhh???Sweet deh.Apa-apapun Selamat bertunang!Moga jodoh berkekalan.Kak ailyl pulak sumpah lawa.Macam orang Japan pakai tudung.Lawanyeeewww!SELAMAT PANGANTIN BARU.


Rasa alololo sweetnyeww tengok orang yg mendirikan mahligai ni.Blogger ngan blogger pulak tu.Last but not least MOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT!


Apr 22, 2011

Tekan sini kalau nak tengok Maharaja Lawak punya video.

Mungkin sekarang ramai yang tak tengok Maharaja Lawak sebab sekarang ditayangkan kat astro warna.Tapi toksahh risau,kat youtube lepas habis maharaja lawak je,dah ada orang upload.Ni antara account youtube yg selalu upload video maharaja lawak ni.


Tekan je link tu.semua adaaa!Sooo takyah nak jeles jeles dah.

Btw aku rasa Nabil layak jadi maharaja lawak.Dia kreatifff!!
Tapi saingan nabil sekarang ialah Jozan ngan sepah!Dorang mmg mantopp.


Apr 20, 2011

Tukar email blog punya pasal,habis semua blog yang aku follow hilang.

Tengok!Apedehal?Dashboard aku kosong je beb.Canggih beb.Aku terpaksa tukar email blog sebab sebelum ni, aku guna email yahoo.So disebabkan ada orang cakap kalau blog yang tak guna email gmail kena padam blognye punn(stail johan)So aku taknak nanti menangis tak berlagu kalau tak nangis pun mmg tak berlagu ,keluar air mata darah lebih baik aku tukar.Ye dak?


Jadi siapa yang tak tukar lagi,baik pergi tukar,sebagai langkah berjaga-jaga.Dashboard aku skang pun kosong je.Tak tahu update yang terbaru.Sampai sekarang aku tak follow mana2 blog lagi.Busy mungkin?*Tangankebahumatakeatas*


Jadi kalau ada blog yang followernya berkurang jangan henpas lappy,meja,kerusi atau tak pun hentak kepala lelaju kat dinding tak perlu yee yayunk?mungkin aku antara follower yg hilang tu.Kih kih kih.

Eh eh eh mike sume pergi tuke email tau!*goyangtanganmacamusopwilcha

Apr 17, 2011

2jam yg lepas aku nampak Abg Ben Ashaari Bdn ketak ketak!

Hakikatnya,nmpk je tak tegur pun..Kuang kuang kuang.Aku nmpk kat Alamanda Putrajaya.Sekarang pun tgh ada kat Alamanda.Tgh update blog di ARL Power Bowl.Jap lagi nak tgk wayang dgn famili.Nmpak Abg Ben pun dengan blogger rasanya.Ramai2.Huyoo ketak ketak badan abg Ben.HAHA




Yeahhhh!!!!

Apr 1, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 1.Credit to GuaTv.com Dan DanaPadu



















Maaf ni je yang jumpa,yang lain tak jumpa..Super thanks to GuaTv.com dan DanaPadu.Co.cc

Maharaja Lawak cuma Ditayangkan 2 minggu je di Astro Prima?Kenapa?

Kenapa?Kenapa 2 minggu je?Tolonglah,ingat rakyat banyak duit nak langgan astro warna?Cerita pun berulang-ulang je punn.Tak best la kalau tayang kat astro warna.Rasa macam membazir je nak langgan astro warna semata-mata nak tengok Maharaja lawak.Wahai pihak Astro,tolonglah teruskan siar Maharaja Lawak kat Astro Prima.


Percayalah,kalau pihak astro tayangkan kat Astro Warna,mesti merundum peratus orang yang tengok Maharaja Lawak.Undian pun dapat sikit je.So siapa yang rugi?Bukan kami.Ye dak?Ye dak?Pihak Astro yang baik hati ni yang rugi.*Mata ke atas,tangan ke bahu*


Kat facebook pun banyak page yang dah bangkang Astro tayangkan Maharaja Lawak kat astro warna.Salah satunya..





So diharapkan Pihak Astro pertimbangkan lah hal niii.YEEE??

Ini adalah list peserta Maharaja Lawak yang boom kebabbomm!



"Maggiku suda kembang"


"i'm sorry"


"Tommm..Jerrryyy"


"Jambu siot"


"Girll powerr!"

"Jozannnn!!!"


"Suprise!!"


"Titewww adeww mainan"


"i luv u,i luv u"


"Lalalitamplom"


"3 budak botak,da ada rambut da wei"


"pokcuu"

Inilah list peserta yang berentap mengambil taktha Maharaja Lawak.Tapi yang paling aku rasa ramai peminat Jozan la wei!Haha.Tapi orang kata semalam masa minggu pertama JOZAN kena kritik dengan hebat ye??Btww good luck untuk semua peserta.Tak kira menang ke kalah anda semua tetap Raja Lawak di hati kami.

P/S:AKU TAK TENGOK WEI SEMALAM!Semalam pergi kuar jejalan dengan famili.Aloo.Ah gua nak usha Youtube tak pun nak tgk ada ulangan ke tak!MAHARAJA LAWAK GO GO!

Mar 30, 2011

Apabila Nabi Muhammad dihina.Siapa kau Jasmine Slalu Hepi?Astagfirullahalazim.

Aku tak tahu siapa Jasmine ni.Seyes tak tahu.Tapi aku ada tengok newsfeed kat facebook aku yang akak ni ada letak link facebook Si Jasmine niww pasal dia hina Nabi Muhammad.So aku terus stalk.Astagfirullah,sanggup dia hina Nabi Muhammad?Walaupun agama kau kristian sekalipun,perlu ke menghina agama lain?Perlu?


(Klik untuk tumbesaran yang sihat)















 Baca je la korang status2 dia.Rasa geram kan??Even dia kristian sekalipun tak perlulah nak kutuk agama Islam,apa masalah dia pun aku tak tahu.Kalau dia agama Islam,lagi rasa malu.Klau korang nak tau dia ada satu lagi page,tapi dalam page yg satu lagi tu dia kutuk pulak agama kristian.Aku macam haa????Agama Islam kutuk,agama kristian kutuk,sekali lagi APA MASALAH PEREMPUAN NI?

Dan kita sebagai umat Islam rasanya lebih baik berdoa agar tiada lagi manusia seperti dia yang akan menghina Nabi kita iaitu Muhammad.Moga bukakanlah pintu hatinya.Rasanya tak perlulah kita nak mencarut kat wall dia tu,sebab dia lagi suka kita mencarut-carut.Kita bukan dapat pahala mencarut ni,dosa ada laaa.

Last but not least,tengok favourite quotations dia,


Perghhhh.