May 20, 2011

Takziah buat owner blog telordibasuh.blogspot.com

Inalillahwainnalillahirajiun.Tak sangka.Aku baru tau pasal hal ni.Dia meninggal pada 19 May 2011 iaitu semalam.Walaupun aku tak berapa kenal sgt tapi menyinggah blog dia selalu jugak la.Tak sangka kan?Tu la ajal dan maut semua kat tangan tuhan.Kita sendiri pun tak tahu bila ajal kita sampai.


Dia meninggal sebab jangkitan paru-paru.Rasa sedih tu mesti la ada kan.Walaupun tak pernah berborak ke,jumpa depan depan ke tapi kita sebagai blogger kan,bila dah singgah blog dia baca entry dia rasa mcm kita dah kenal dia lama dah.


Mesti blogger lain yg dah pernah jumpa dia mesti lagi sedih kan?Orang yang pernah tempah t-shirt dengan dia.sungguh tak sangka.


Apapun moga arwah tenang kat sana.Al-Fatihah.

Hidup di dunia hanya sementara.Ajal dan maut urusan Yang Maha Esa.Kita sebagai hambanya harus selalu bersiap sedia.

May 6, 2011

Selamat Hari Ibu,mama!



Mama,ibu tercun abad ni.
Mama,walaupun kadang kadang hati mama ika sakiti
Mama,selalu sabar dengan karenah ika
Mama,selalu tengok WWF antara ika dgn adik-beradik
Mama,selalu naik darah bila balik umah
Mama,kulit putih,ika kulit hitam
Mama,selalu sabar menghantar ika ke sekolah pagi-pagi
Mama,menjaga ika sampai ika dah bosarrr ni haa
Mama,PENGORBANAN MU TIDAK TERHINGGA.

Kalau nak taip kat sini semua tentang mama memang takkan habis sebab mama ialah mama yg rock!Wlaupun   ramai yang cakap ibu dia adalah best mom in the world tapi mama tetap ibu yg terbaik untuk ika.


Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan 
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Mama,you're so one in a million!