Sep 27, 2010

"GUA TAHU ITU SIAPA" CONTEST



Disebabkan aku selalu cakap dengan si pembikin contest ni lu gua kan,so hari ni aku akan bahasakan diriku gua bukan gua.my tapi gua.!faham?

Gua ringkaskan je sebab gua nak cepat tapi gua buat research jugak tau.gua usha2 fb die ngan blog die nak cari jawapan.Dan aku terjumpa ini!!!!!

saje je gua blur.baru nampak macam sulit sikit!haha

Gua tak tau la jawapan gua betul la.tapi gua agak la..

Tu sepupu Hamzah tengah online sambil makan kuih raya.T_T

Hamzah!gua tak tau la betul tak jawapan gua.Harap2 betul la.Gua sanggup langgar pantang nak update blog semata-mata nak masuk contest LU.hargai gua!hahaha

Sep 19, 2010

Sedih wei!Sedih...

Sedih kenapa?Sedih sebab besok dah nak sekolah.Sedih wei! Sedih!Sob..sob..Rasa macam sekejap je cuti.Aku dah la tak siap keje skola lagi.Tu lah kau Pika,time cuti tak hengatt.Raya sakan sangat!Dah la lagi dua minggu nak PMR!Aku repeat lagi,PMR!Satu haram pun aku tak study.Tapi Insya-Allah aku tak akan putus asa.Think positive bebeyh!T_T.

Aku setuju dengan kawan aku Alyaa.Kusut kepala.Haha.Mcam mana beb?Lu dah belajar?(eh boleh lak tanye soalan kat sini)So mungkin ini entry yang terakhir.Insya-Allah lepas da habis PMR,Ika calling korang!Ok?


Selamat Hari Raya Dan Selamat Habis Cuti! Tee Hee!

Sep 18, 2010

Apabila Adikku menjadi Ultraman!








                                                                        
































Maaf citer ni merepek T_T.Boring.Adik aku dapat costum ni sempena hari jadi dia.Haha.

Sep 16, 2010

Raya Sakan Contest By Insan Tinggi.


Mesti anda mengenali seorang awek tinggi yang dahulunya merasa kesusahan kepayahan menjadi awek tinggi tapi sekarang kesusahan tu menjadi kesenangan sebab mungkin kat Kelburn tu ada yang lagi tinggi dari awek tinggi.Haha.Jangan marah tuan tanah,nanti kena jual!T_T

Mampus aku.Belum pape lagi kang kene reject sebab introduction gila pedas.REJECT! NEXT! haha.Tuan tanah blog Insan Tinggi ni anjurkan contest Raya Sakan.Dan aku akan sakankan citer raya aku wlaupun sebenarnya takdelah berapa sakan.Tapi takpe aku nak jugak!Gedik!

__________________________________________________________________________________

Syarat pertandingan senang saja:

1) Warganegara Malaysia.
2) Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
3) Perlu melekatkan banner 'Raya Sakan Contest' di blog anda sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dan link kan ke entry ini.
4) Pilihan untuk menjadi pengikut blog ini adalah optional.Tiada paksaan 'Mesti ikut blog aku!'.
5) Tempoh contest berlangsung adalah sehingga 30 September 2010.

Cara nak join:

1) Disebabkan aku ni gila gambar, maka contest pun haruslah pasal gambar kan.Korang just perlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya.Ingat ye.Temanya ialah SAKAN. Sakan tu meluas. Boleh jadi sakan melaram di hari raya, sakan melantak ketupat di pagi raya, sakan konvoi di pagi raya, sakan buat ketupat di malam raya dsb. Apa-apa yang dirasakan sakan di hari raya.Gitu.

2) Selepas tu, sila berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat.Haa...boleh?

3) Mesti letak tajuk entry 'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'. Tak perlu buat sticky post sebab aku sendiri pun tak gemar sticky-sticky ni.

Hadiah yang ditawarkan :

Ole-ole dari New Zealand yang berunsurkan biri-biri dan burung kiwi.Hehehe.

Tambahan hadiah berupa coklat Whittakers satu bar untuk setiap pemenang.Tak dapat kat Malaysia.Import NZ mari.

3 entry paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang.Ecewah.So, tunggu apa lagi? Cepat join sebelum terlambat.

__________________________________________________________________________________


Dan mulakan bismillah.Amin(TIBA-TIBA JE)

Kenapa aku rasa gambar ni sakan?Sebab ni first time abang aku bawa kete pegi jalan raya.Yela orang da ada lesen.Cuma kitaorang berdua je tau.Adik,mama,papa,nenek semua ada kat kereta Pak Pajero.Haha.Satu lagi abang aku tu GILA JAMBUU.Pakai pink pink gitu.Abang Jambuu di sini MAK!Hot!


Gambar ni pula aku rasa sakan sebab first time aku pakai contact lens.Tak nampak ke mataku bulat dari biasa.Hengatt senang nak pakai?Masa first time pakai macam orang gila.Tak masuk2.Aiyoo.



Dan kenapa gambar ni sakan?Tak nampak ke nyah semua pink pink belaka.Aku sorang je oren.Tu sebab taknak masuk tu.Tak mahu de jadi makhluk asing.Tak nak de nohh!And nampak tak mokcik2 kat belakang tu?tu tengah cite pasal isu negara tu.Siap ada cerita pasal Randy Pangalila lagi tau.Tak sangka mokcik2 ni berkenan jugak ye dengan Randy i tu!!Haha*perasan.

Jadi sakan tak raya i?Tak sakan pun angguk je.Hahaha.Dan harap-harap dapat la ole ole dari orang nun jauh di sana.Hahha.

Contest Hari Raya


Contest ni dianjurkan oleh Norizan.Dan aku dipelawa sendiri oleh empunya blog.Tapi kali ini aku copy paste je lah ye.Sebab masa tak mengizinkan.

__________________________________________________________________________________

UPDATE : kenapa ramai yang comment dia cakap mcm nie "la dah tutup kew contestnya?" adik-adik semua, contest nie akan ditutp pada 10/10/2010 yea, so banyak masa lagi kalau nak join, so apa tunggu la jom la sama-sam kita meriahkan contest nie :)

salam semua, hari raya bakal menjelang tiba so aku nak buat contest untuk hari raya nie, senang jew syarat-syarat-syarat contest nie, anda hanya memerlukan gambar anda memakai pakaian hari raya dan bertudung/ shawl, pemenang akan dinilai dengan cara anda berhias di hari raya :) ok lah, jom tengok, syarat-syarat penyertaan di bawah :

-- terbuka kepada orang yang mempunyai blog--

-- perempuan sahaja, kalau lelaki nak menyamar perempuan pon boleh jugak, sgt di alu-alukan :) --

-- tangkap gambar anda jangan bagi terlepas, maximum 1-2 keping sahaja yea :) --

-- lepas dah tangkap, tampal gambar anda di dinding entry yang anda buat untuk contest hari raya nie --

-- selepas itu, tinggalkan tapak kaki blog anda di entry nie yea! --

-- tampal jugak pic yang kat ats tue, di blog side ke side blog ar??? tak kisah la janji tepi blog anda yea --

-- follow la kalau nak tau apa2 update pasal contest nie nti, hehe memaksa lak ko nie! --

-- pemenang akan dipilih oleh juri-juri yang bertauliah -- 

-- kalau tiada siapa yang sudi joint, contest akan dibatalkan :(  --

-- tarikh tutup penyertaan sehingga 10/10/2010 --


ganjaran yang anda dapat :

--1st : 4 helai shawl yang gojez + aksesori --

-- 2nd : 3 helai shawl gojez + aksesori --

-- 3rd : 2 helai shawl + aksesori -- 

__________________________________________________________________________________

Ini gambar pertama:




Dan gambar kedua:





Still memakai baju raya jugak kan?Hehe.




Di Hari Raya.

Semua blogger dah bercerita pasal raya kan?Sekarang tiba masanya Ika Si Peah Dot Dot(amboi nama) pulak nak bercerita pasal raya.Jeng Jeng Jeng!Tapi raya tahun aku berlainan gila sebab ahli keluarga aku semua pink-merah aku sorang je yang sesat warna oren.Bhahaha.Manala tahu  warna pink pulak tahun ni.Aku pula gatal beli kain awal-awal,tempah awal awal,kan dah macam orang asing dah.

Raya pertama-Bangun awal dalam pukul 9.00 pagi(korang rasa tak awal,tapi aku terasaan keawalan tu),terus siap-siap.Siap berjam-jam lamanya macam mak Datin nyah!Hambek kau.Siap lama sebab first time aku pakai contact lens dan contact lens tu tak masuk kat dalam mata aku.Geram seyh.Dah sejam lepas tu aku berjaya memasukkan contact lens yang degil tu dalam mata aku.Huihhh.Penat tau.Tapi sekarang ni takde masalah lagi nak pakai contact lens tu,dah senang dah.Lepas tu,berangkat ngan keluarga aku pergi ke Gombak rumah saudara belah ayah aku.Ramai berkumpul kat sane.Duit pun mayak maa kat sanaa.

Ni aku dan abang aku.Kan aku dah kata aku je oren.

Nampak tak mata aku besar?Nampak tak?Nampak tak?Pakai contact lens tu!

Tengok!semua pink.Mama,Abang,Adik2 pink oooo.

Raya kedua-Balik kampung.Kat Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Ambil masa sejam jugaklah perjalanan.Masa kat highway tak jem tau,tapi time kat bukit putus memang gua kata sama lu la,Jem woo.

Adik2 ku.Aku malas nak tangkap gambar.

Hari-hari seterusnya macam biasa lah.Pergi rumah saudara semua.Dan duit raya terkumpul RM205.T___T.




Sep 9, 2010

Selamat Hari Raya 2010.

Semalam Pakcik yang kat TV tu dah umumkan raya.Comel kan Pakcik tu?Haha.Memang time pengumuman raya ni lah semua menghadap Tv fokus sefokus-fokusnya tengok pakcik yang comel tu umumkan raya.T___T

Kan dah cakap comel kan?comel kan?Kalau korang tak rasa die comel angguk jugak!T_T


Tapi raya tahun ni balik kampung raya kedua.Kureng besh la.Tak rasa sangat kemeriahan tu.Sob Sob.Baju kurung Ika tahun ni Oren.Suka sangat baju kurung tu.;)Tahun sebelum ni kalau raya mesti berebut-rebut ngan kawan nak bagi kad raya,tapi tahun ni tak menyempat sebab tahun ni kan PMR?Aiyoo sebut pasal PMR,mesti habis je cuti semua menghabiskan masa dengan buku.Berdatinglah nampaknya dengan buku.Dua minggu lepas cuti PMR.Haiyaa.Tak tahu lah macam mana ngan Pmr.Ika target 6A ke atas la.Kalau boleh 9A terus.Langsam!=)



Orang buat kad raya Ika pun nak buat.Dan tak lupa Ika dapat tag raya dari kawan Ika.Alyaa.Jap eh jap eh.

=
=
=
=
=
=
=
Truskan usaha anda
=
=
=
=
=
=
=
Jangan berhenti berharap
=
=
=
=
=
TADAA!


Ada soalan cepumas jugak tau=)

1. Orang yang paling dicintai-mencintai-tercinta dalam hidup?

Diri sendiri,Mama papa,Famili Dan Allah serta Rasullullah

2. Siapa orang yang paling kamu inginkan ketika anda kesunyian?

Kawan baik & Mama!Uwaaaa;( Haha

3. Paling rapat dgn siapa dalam famili-kawan-teman istimewa? Kenapa?

Famili.

4. Kenapa pilih dia jadi teman hidup walaupun bukan dijangka untuk sehidup semati?

Seriously no komen;)


5. Dalam banyak banyak lagu yang korang dgr, mana yang selalu mengingatkan dia?

Ayat-ayat cinta:)

6. Inbox message yang ada dekat phone, majority siapa?

Rahsia;)

7. Nak ucapkan 'Selamat Hari Raya' yang paling romantissss gila dekat siapa?

Dekat awak lah?Boleh kan?

8. Tag 3++ blogger yang korang rasa hebatt-gila-lahh

Semua Hebat macam Ultraman Kosmos.!Abugik!??


Ok dah jawab da soalan mauttt die ni walaupun takde kene mengena pun.Haha.Sebelum mengakhiri segmen Raya Bersama Syafiqahh *dalam suara menggedik,Ika nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Rohani Jasmani semuanye eh???T_T


Sep 7, 2010

Tag dari Fadxieza.

Ika dapat tag dari Fadxieza.Thanks.So let begin;)


1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Bila lah si Syafiqah ni nak berhenti online and do his HOMEWORK!.aiyoyo.

2. Apakah nama samaran anda?
Syapeko,Ika,Pika.Syafiqah

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
First,Myself
Second,Allah dan Rasullullah
Third,Mama Papa Adik beradik Kawan.

4. Panggilan untuk si dia?
?;)


5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
DSLR is the most!

6. Blog yang anda selalu lawat?
Alyaabakar.blogspot.com
inibelogsaya.blogspot.com
akubukanjemsbon.blogspot.com
kacangberangan.blogspot.com
much MORE!

7. Tag kan kepada 15 blogger..
Nanti Ika pegi sorang sorang punya blog eh?

Thanks 4 Award!;)

Sep 6, 2010

Kenape Syafiqahhh dah lama tak buat entry?

1.Tak tahu nak buat entry pasal apa.

Nak cakap selalu tak online.Hampehh!.Tapi entah bila masuk je blog,login kan,terus blank otak.Tak tahu nak buat apa.Tu la pasal banyak entry kebelakangan ni  pasal contest je memanjang.Ye la nak buat apa lagi?Tak kan nak cerita pasal anak jiran sebelah dah darjah 4 tapi baru puasa sehari?astaga astaga ika,bulan puasa...

2.Baru lepas Trial PMR.

Dan ika dah dapat pun keputusan.Not bad.Meningkat juga.Lebih2 lagi math,sejarah,dan kh.Happy but bit dissapointed.Tak dapat A baiii.Aiyoo.Ingat dapat la A walaupun satu tapi again HAMPEHH!Bahasa arab Ika lulus.Alhamdulillah.Time sebelum ustazah nak kertas arab tu.ustazah ada cakap ada sorang gagal.Ika dalam hati dah ______ sahsahlaakugagalsebabtiapkaliexammestiakugagalchoiii!.Tapi tak sangka pulak dapat kertas tengok2 aiyoo 41 lulus!Bersyukur tau sebab sebelum ni selalu dapat gagal bahasa arab.bila gagal ,kedudukan dalam kelas dan dalam tingkatan pun turun.

3.Nak raya.

Apa lagi?shopping la.Itulah tak sempat menyempat nak post entry.Macam2 aku shopping.hihi.Cuma seluar je tak beli lagi.Baju kurung Ika tahun ni oren.korang?

P/S:By the way, ika nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.Harap2 korang berseronok di hari raya nanti.Tapi jangan sampai lupa puasa nak habis.Buatlah ibadah sehabis mungkin.Huhu.sedih puasa nak habis.