Sep 16, 2010

Raya Sakan Contest By Insan Tinggi.


Mesti anda mengenali seorang awek tinggi yang dahulunya merasa kesusahan kepayahan menjadi awek tinggi tapi sekarang kesusahan tu menjadi kesenangan sebab mungkin kat Kelburn tu ada yang lagi tinggi dari awek tinggi.Haha.Jangan marah tuan tanah,nanti kena jual!T_T

Mampus aku.Belum pape lagi kang kene reject sebab introduction gila pedas.REJECT! NEXT! haha.Tuan tanah blog Insan Tinggi ni anjurkan contest Raya Sakan.Dan aku akan sakankan citer raya aku wlaupun sebenarnya takdelah berapa sakan.Tapi takpe aku nak jugak!Gedik!

__________________________________________________________________________________

Syarat pertandingan senang saja:

1) Warganegara Malaysia.
2) Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
3) Perlu melekatkan banner 'Raya Sakan Contest' di blog anda sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dan link kan ke entry ini.
4) Pilihan untuk menjadi pengikut blog ini adalah optional.Tiada paksaan 'Mesti ikut blog aku!'.
5) Tempoh contest berlangsung adalah sehingga 30 September 2010.

Cara nak join:

1) Disebabkan aku ni gila gambar, maka contest pun haruslah pasal gambar kan.Korang just perlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya.Ingat ye.Temanya ialah SAKAN. Sakan tu meluas. Boleh jadi sakan melaram di hari raya, sakan melantak ketupat di pagi raya, sakan konvoi di pagi raya, sakan buat ketupat di malam raya dsb. Apa-apa yang dirasakan sakan di hari raya.Gitu.

2) Selepas tu, sila berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat.Haa...boleh?

3) Mesti letak tajuk entry 'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'. Tak perlu buat sticky post sebab aku sendiri pun tak gemar sticky-sticky ni.

Hadiah yang ditawarkan :

Ole-ole dari New Zealand yang berunsurkan biri-biri dan burung kiwi.Hehehe.

Tambahan hadiah berupa coklat Whittakers satu bar untuk setiap pemenang.Tak dapat kat Malaysia.Import NZ mari.

3 entry paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang.Ecewah.So, tunggu apa lagi? Cepat join sebelum terlambat.

__________________________________________________________________________________


Dan mulakan bismillah.Amin(TIBA-TIBA JE)

Kenapa aku rasa gambar ni sakan?Sebab ni first time abang aku bawa kete pegi jalan raya.Yela orang da ada lesen.Cuma kitaorang berdua je tau.Adik,mama,papa,nenek semua ada kat kereta Pak Pajero.Haha.Satu lagi abang aku tu GILA JAMBUU.Pakai pink pink gitu.Abang Jambuu di sini MAK!Hot!


Gambar ni pula aku rasa sakan sebab first time aku pakai contact lens.Tak nampak ke mataku bulat dari biasa.Hengatt senang nak pakai?Masa first time pakai macam orang gila.Tak masuk2.Aiyoo.



Dan kenapa gambar ni sakan?Tak nampak ke nyah semua pink pink belaka.Aku sorang je oren.Tu sebab taknak masuk tu.Tak mahu de jadi makhluk asing.Tak nak de nohh!And nampak tak mokcik2 kat belakang tu?tu tengah cite pasal isu negara tu.Siap ada cerita pasal Randy Pangalila lagi tau.Tak sangka mokcik2 ni berkenan jugak ye dengan Randy i tu!!Haha*perasan.

Jadi sakan tak raya i?Tak sakan pun angguk je.Hahaha.Dan harap-harap dapat la ole ole dari orang nun jauh di sana.Hahha.

2 comments:

[z@ck] said...

thanks for joining..
harap dapat letak banner contest kat blog sepanjang contest berjalan ye..

neway, pasal kesusahan jadi awek tinggi..memang btol la cakap awak.kat Kelburn ni ramai yang lagi tinggi..sebab tu tak rasa susah da sebab ada yg lagi tinggi.hihihi =)

syafiqah ezam shah said...

@[z@ck]
uishh..naseb baek betul!haha.welkem.

What i eat in a day for weight loss

On previous post, I talked about what i did to lose weight. This time, I'm going to show you guys what i eat in a day and what food I av...