Nov 30, 2010

Sesi Soal Jawab Bersama Para Blogger Part 1

  
Mesti korang terkejut apa bende sesi soal jawab ni?Haha..Disebabkan aku ni kurang idea nak update blog mcm mana,aku buat satu soal jawab ni.Aku akan pilih satu soalan dalam setiap entry,then tanya setiap para blogger secara rawak.Dan inilah 8 mangsa pertama aku yang kebingungan kenapa aku tanya soalan sedemikian rupa...Haha.
Shara bunga


.bilasiBUNGAbicara.

bile buat ? ouhh, since bulan jun tak silap akak. da 6 bulan jugak la :)

akak amek kat entry akak yg baru. sbb mls nk type. hehe
saje suke suke je kot. nk share cerita gua. nk share kegembiraan gua. n nak share sume bende yang gua rase besh. so, bile gua rase besh gua conteng conteng je kat blog gua ney.
seyes gua ckp, gua wat blog neyh tak earn money pon.
gua takde nuffnang babe. mybe next year baru buat kot. tgkla lau rajen. hehhe.

nah, da reason :)

Kila Saaban


KATA KILA

heheheh.akak buat blog tahun 2009 bulan 10.sehari lepas birthday kakak.buat blog sebab nak copy paste semua wish besday kat blog.boleh buat kenangan.last2 macam addict.hehehe


 Hamzah Ian


terbang tinggi tinggi

aku wat tahun 2009.. lepas tu rasa malas aku biar camtu je.. aktif balik tahun ni bulan julai.. nape wat blog?
sbb saje2 je.
lol?pesal tanye ni??


Fahmie


Fahmie buat blog 27 September 2010. Sebab buat blog berpunce dari ikut kawan pergi gengblogger Gathering kat Shahalam Puasa dulu.nape ea??

Alyaa Bakar


Blog Alyah

19 Jun 2010. Sebab blog ni dah jadi diari online seharian. Haha, bunyi macam pelik tapi benar. Blog dapat share macam2 cerita yang kita nak. Blog jugak dah macam satu perkara yang wajib. Auchh :D

En.Tikus


Life Is Simple

bulan 3, saje saje kot. LOL.. kenapa tanya ?


Pelangi


buat blog before this sbb tu sbgai asgmnt akak time sem 5 ;)

Ayeem Ayam


e'eh pelik nya soalan. hehe. 8 august 2010. niat nak buat blog dah lama, tp takde idea meletop. bulan ogos tu baru dpt idea, lepas tgk 1 blog ni yg ade comic.




Haha..Semua jawapan ni aku main copy paste je.So takde cover line atau cut mendenye.Kebanyakan yang aku tanya mesti "hah??Lol??kenapa tanye???"..Jangan pelik ..aku ni suka buat suprise...dan aku kagum dengan dorang sebab baru je buat blog tapi dah dikenali ramai.Di samping aku tanya soalan ni,aku buat promosi ni..promosikan blog dorang.Hehe.Baik sungguh ye..anak sapa la ni..Yang lain jangan risau,,korang akan ditanya jugak akhirnya..Tapi dengan soalan lagi panas...Soalan mcm mana korang rasa panas???soalan macam KENAPA LELAKI SUKA COLI??opsss..cover line sikit syafiqah..haha..So rajin-rajinlah korang bw blog dorang dan pasti korang takkan menyesal!So Adiosaaaa!!!

Nov 27, 2010

Facebook saya keluar majalah Yezz! yehaa!!Menggelabah kau..

Heyoooo!!Wassup wassup..Apa khabar orang kampung?Cehh apekejadah tiba-tiba tanya khabar orang kampung plak ni?Hehe.Aku teruja sedikit sebab Facebook aku kuar majalah Yezz!


Jeng jeng jeng isu bulan Disember punya.


Keluar kat bahagian Chit chat @ FB.

 Inilah topik yang Yezz! tanya.


Tadaa!Facebook den yawww!Hehe..terkesima selama 5 saat.1,2,3,4,5.Ok dah.Haha

Actually aku saja je komen pasal topik yang yezz kasi kat fanpage diorang tapi tak sangka plak komen aku terpilih.Haha..tapi bila aku baca balik komen yang aku kasi,rasa kelakar pun ada dowh!

Ingin tingkatkan prestasi dalam pelajaran.Nak lebih berani dalam penampilan.Nak cari lebih ramai kawan.Taknak terlepas beli semua edisi majalah yezz!Hahaha.
Inilah komen aku kat topik tu.Ada sedikit unsur bodek ye.Hahaha.Pandai sungguh aku membodek ye wahai kawan-kwan.Bagus gitu.Sila amalkan dalam kehidupan seharian ye.Yaww!Hahaha

Sekarang masa korang menatap muka aku yang sangat boring gila nak mampus dok terperap kat umah tak buat pape asyik mengadap komputer 24 hours ni haa...









Haha..MUKA BORING TAHAP GABAN NI..So bubyee!!!








Tutorial Basic Motion dari Ayeem Ayam berhasil!


Nampak bola yang bergerak kat atas ni?Haaa...Inilah first tutorial yang aku belajar dari Ayeem.Mula-mula otak aku jem jugak nak belajar benda ni sebab sebelum ni tak pernah aku guna Adobe Flash ni.Tapi bila dah godek2 dah adobe tu,terus boleh buat.Nasib baik.!Thanks to sifu ayeem.Haha.Tapi banyak kali jugak lah aku email ayeem,tanya tu tanya ni.Sorry saya banyak karenah ye sifu.Hehe.Ini baru first tutorial.Belum lagi basic yang lain2.Banyak lagi nak kene belajar.Kalau korang nak belajar jugak mcm mana nak wat benda ni,pergi ke blog dia.hehe

.

Nov 25, 2010

Barulah aku tau kalau ada BE,earning Nuffnang naik gila mendadak!

.
Wei tajuk tak boleh panjang lagi ke?Hahaha.Maafkan aku.Aku sangat teruja.Teruja gila ni.Aku teruja nak cerita pasal Buffered Earning ni!Sebelum ni aku tak tahu menahu pun pasal BE ni.Aku tak ambik peduli.Tapi lepas aku baca blog orang lain yang ceritakan pasal betapa pentingnya BE ni aku terus ambik peduli.Mengikut kefahaman aku la,BE ni adalah metered earning yang akan sentiasa berjalan.Sampailah kempen tu habis earning tu akan masuk ke total earning kita.Eh betul ke apa yang aku terangkan ni?Arghh..korang paham2 je la.Tapi kalau salah betulkan eh sebab ini mengikut kefahaman aku je.Hehe.

Ok kita berbalik pada total earning aku.Sebelum ni aku tgk kat nuffnang aku ada 2 BE yang sedang berjalan.Aku tak tahu la macam mana BE ni berjalan,pakai kaki ke tak.Hahaha.Ok lupakan.Tapi semalam aku tengok tinggal 1 BE je.


Ni ha bentuk BE tu...Sebelum ni 2 tapi sekarang 1.

So,aku pelik la.Mana hilang lagi satu BE.Then aku baru teringat klu habis BE tu,total earning bertambah la kan?Haaaaa..Aku tengok total earning aku.


Ok aku tau earning aku tak banyak tapi aku bangga.Hehe.Dan sebab apa aku cakap earning aku gila mendadak?Sebab sebelum ni earning aku RM 4.96 ok?RM4.96!Ok berapa kali aku nak ulang?Tapi macam best lak main ulang ulang.Rm 4.96.Rm4.96.Rm4.96.Ok stop.Annoying Piqa.T_T..Ok sekarang korang ambik kalkulator kira perbezaannya.Tapi kalau korang hebat congak  pakai jari tangan kaki semua takyah la pakai kalkulator.Hehe.

Oh lepas ni aku nak buat sebaik mungkin supaya visitor blog aku bertambah,dan aku dapat banyak lagi BE.

P/S:Buffered earning ni keluar dalam bentuk iklan kat blog korang.That why penting pasang Ads kat blog.Ada paham?Tee Hee!

Nov 23, 2010

Lelaki ramai hensem tapi

Hampeh!Itu satu perkataan yang boleh menggambarkannya.Ecewah..Aku rasa lelaki yang mempunyai ketampanan di wajahnya merasakan dia boleh mempermainkan perasaan perempuan2 di luar sana.Apahal ayat aku macam nak tulis karangan A++ ni?Haha.Okay lupakan.

Betul apa.Harap muka je hensem tapi playboy.Apa ko hennngatt ko tu hensem semua perempuan ko boleh permainkan lah?Coiiiiii.Padanlah sekarang ramai perempuan cantik kahwin dengan dengan lelaki yang kurang hensem.Bukanlah nak kata tak hensem tapi kuranglah.Tapi Machonya ada.Kan? kan?*angkatkening


Elyana lawa kot!Wiiwiiitt!

Nov 21, 2010

Seyes aku tak tahu nak update apa.

Memang boring gila hari ni.Duduk kat rumah tak buat pape sgt memboringkan aku.Ehh berapa kali daa ko nak cakap ko boring.Kerja aku hari ni cuma blogwalking je.Blogwalking je la tapi tak tinggal jejak pun.Entahlah kenapa aku suka jadi silent reader ni.Padahal bukan susah pon nak tinggal jejak.Ohh mungkin ini cara aku.

Dan sebelum aku update pasal kes comolot masuk suratkhabar tu,blog aku sunyi sepi gila.Then aku publish je entry pasal comolot tu,terus up traffic blog aku.Adoii..Bagus betul segmen terjah menerjah baa chak tu.*tersengih

Aku tak sabar kot nak tunggu bulan 12.Nak pergi Pulau Langkawi!Yeayyy!!!Kenapa aku teruja sgt ni?Ye la..Ko hengat aku ni slalu merantau.Paling jauh aku pernah pergi pon Pulau Pangkor.Itupun masa aku kecik2 comel2 lote gitu.

Hari tu Che armster ada ajak pergi karaoke hari Ahad.Hari ni la.Tapi ko ingat aku bole pergi?Aku budak kecik lagi la....kononnya.Mesti best kan?Sob sob...

Aku gila2 tak sabar nak dapat result PMR.Harap2 la aku dapat result gempak kebaboom!Supaya aku boleh dapat hp baru ganti hp aku yang dah tahp kritikal sampai telefon pon dah tak boleh.Aiyoo mcm nak campak je hp ni.Salah aku jugak,,pakai hp bapak ganass...Ko mmg ganas nak buat mcm mana?Hehhhh...

Wokay aku dah puas merepek.So bubyee..Btw sape ade skype?

Nov 20, 2010

Adegan cium mulut masuk suratkhabar!Femes dowh..

Okay sekarang kita berada di rancangan terjah menerjah baa chak bersama saya hos anda si piqah peot!Pada episod kali ini kita ingin merungkai tentang isu COMOLOT yang berlaku di hadapan Pavilion yang tersergam indah bak kejora yang kini dah kuar suratkhabaarrrr...Ok mari kita bersama-sama membaca artikel ini secara berjemaah yang di bawa oleh pakcik metro kita dan dihangatkan lagi oleh rancangan terjah menerjah baa chak!


Sumber:Suratkhabar Harian Metro 20 November 2010


KUALA LUMPUR: Babak bercumbu ala filem Hollywood dilakukan pasangan remaja Melayu tanpa segan silu yang tersebar secara meluas di Internet melalui laman YouTube menyebabkan kemarahan ramai pihak kerana jelas ia mencemarkan imej Melayu dan Islam.
Video yang mula dimuat turun pada 14 November lalu kini mendapat pelbagai kutukan kerana jelas melanggar tata susila masyarakat Malaysia. Kebanyakan penonton video berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dalam ruangan komen bagi mengutuk tindakan melampau remaja terbabit.

Kemunculan klip video itu dipercayai dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur menunjukkan akhlak masyarakat Melayu terutama remaja kian luntur.

Tanpa rasa malu, pasangan berkenaan bercumbu sambil aksi panas mereka dirakam rakan-rakan yang turut terbabit.

Puncanya bermula dengan perselisihan faham pasangan itu yang membawa kepada adegan bercium dimulakan si gadis kerana ingin memujuk teman lelakinya yang merajuk.

Malah, mereka tidak mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang di belakang sebaliknya terus hanyut dalam gelora nafsu sebagai tanda menunjukkan kasih sayang.

 Isunya hanya kerana teman lelaki terasa hati dengan teman wanitanya berkenaan pertikaian sama ada memilihnya atau pusat membeli-belah Suria KLCC. Pasangan remaja Melayu terbabit juga tidak segan berpeluk-pelukan manakala teman wanita pula merengek-rengek memujuk jejaka pujaan hatinya.

Drama ala Hollywood semakin panas apabila rakan teman lelaki menghasut supaya dia meninggalkan teman wanitanya.

Akibat tidak tahan hasutan rakan teman lelakinya, si gadis bertindak di luar kawalan apabila terus mencium teman lelakinya sebagai langkah memujuk.

Mengulas isu ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan dilakukan remaja terbabit menunjukkan akhlak masyarakat kini semakin runtuh.

Menurutnya, ibu bapa memainkan peranan mendidik anak supaya mempunyai rasa malu melakukan perkara tidak elok daripada kecil.

“Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak kerana mereka penyambung generasi manusia.

“Perbuatan yang dilakukan pasangan terbabit jelas menjejaskan imej Islam. Dulu orang hormat Melayu kerana nilai kesopanan yang ada tetapi kini ia sudah hilang dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan remaja terbabit sudah dianggap zina mulut dan jika ditangkap boleh dikenakan tindakan berperangai tidak senonoh.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, gejala yang berlaku ini amat menyedihkan dan menggambarkan keadaan masyarakat kini sudah kehilangan adab.

“Generasi muda sudah tidak malu terbabit dengan kegiatan sedemikian. “Semua ini berlaku disebabkan budaya liberal terlalu berleluasa sehingga adab sopan sudah tidak penting lagi.

Menurutnya, amalan liberalisme ini akan meruntuh prinsip dan tradisi orang Melayu dan Islam.

“Saya menyarankan supaya remaja di luar sana dapat menjaga maruah mereka dan berfikiran panjang supaya tidak menimbulkan aib sehingga dipandang serong masyarakat.

“Budaya tegur-menegur perlu diwujudkan semula melalui kerjasama masyarakat yang prihatin menegur secara baik,” katanya.


Apa nak cakap?Nasi dah jadi bubur.Muka terang2 nampak.Buat malu je la poitt..Sapa suruh buat sesuatu tanpa berfikir.Sapa susah?Diri sendiri jugak kan.Kita hanya mampu berdoa agar dorang ni balik ke pangkal jalan.So pesanan dari saya si piqah peot... LU PIKIR LA SENDIRI...*Nabil pun pikir la sendiri ye.T_T

Nov 19, 2010

Untung jadi perempuan.

Kak Heliza comel;)


Mengapakah aku kata sebegini rupa?Sebab aku perempuan?Eleh.Hmm.Ok betul la tu.Itu salah satu alasannya.Alasan yang lain....

1.Kalau perempuan cakap my dear,sayang,muahh,i love you,i love you too,i love you three four five dengan perempuan,ade tak kene label lesbian?Aku rasa tak.Kalau ada pun jarang aku rasa.Cuba kalau lelaki cakap love bagai2 ni?Ngeh...

2.Perempuan senang masuk syurga asalkan lakukan suruhan Allah tinggalkan larangan Allah dan patuh pada suami.Lain pula dengan lelaki.

3.Perempuan boleh pakai pakaian lelaki.Lelaki tak boleh pakai pakaian perempuan.Betul tak?Haha.Kecualilah kalau pondan pakai pakaian perempuan ni.

4.Aku rasa perempuan lagi ramai tak takut darah berbanding lelaki.Sebab apa?Sebab setiap bulan mesti perempuan kuar darah selama seminggu kan?

5.Doa perempuan lagi termakbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih dari lelaki.Kita ni penyayang kan perempuan2 semua?

6.Sekarang ni kat universiti ,siapa lagi ramai?Perempuan ke lelaki?Even dalam kelas aku pun perempuan lagi ramai.Perempuan 19 orang,lelaki 12 orang.

Aku listkan 6 je la.Sebab kalau nak list byk2 pulak tak terbaca pulak korang kan?Tapi kalau korang nak tau apa lagi kelebihan perempuan baca kat sini---->Link

Tapi lelaki pun ada banyak kelebihan jugak ye dak?.Yang penting kita semua syukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.

.

Nov 18, 2010

Nasi Lemak Sedap.

Di satu taman Rekreasi.Ali dan Abu sedang duduk di bangku.Ali sedang membaca surat khabar lalu bertanya..

Ali: Wei,kat mana nak cari nasi lemak yang sedap ah?
Abu: Lu nak tau kat mana?
Ali: Habis gua tanya lu ni tuk apa?
Abu: Hehehe..Kat sini ada la.
Ali: Hah??Kat mana?Tak penah gua tau pun.
Abu: Ada.Tu!Itu Nasi lemak 50 sen,Itu nasi lemak 1.50 sen,tu nasi lemak bla bla bla*sambil tunjuk kat perempuan.
Ali:Ci**i.

P/s:Jangan lakukan ini di luar andai anda tidak mahu kenyang dengan kasut.

Header Adik Aina Dah siap.


Adik Aina sayang.Header dah siap.Cara nak masukkan dengan cun walaweyh nanti akak ajar ye.

Dadali-Disaat ku mencintaimu.

Ini lah tajuk lagu kat blog aku ni.Dan sumpah aku jatuh cinta dengan lagu ni.Thanks to kak Irine.Hhehe.Dia syorkan lagu ni kat blog dia.Lagu ni mengisahkan tentang seseorang yang tak menghargai kekasihnya sehingga kekasihnya pergi pada orang lain.Orang tu nak kekasihnya kembali pada dia,tapi dah terlambat.Jadi pengajarannya tolong hargai kekasih korang!Jadi layan lagu ni,hafal sekali eh?Hhaha.Hiro si akal tunjang dah hafal da!Hhaha.Tau2 je aku.

Lirik lagu Disaatku mencintai
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Nov 17, 2010

Selamat Hari Kau Terkorban.Eh eh! Selamat Hari Raya Korban.

Selamat Hari Raya Aidiladha korang semua.Duet raya!Haha...Mesti korang kata "Apa kejadahnya budak ni minta duet raya pulak Raya Aidiladha ni?"Eh..siapa kata time raya aidiladha takde orang kasi duet raye.Nenek gua kasi!Rm 10 lagi.Hahaha.Nenek gua je la.Ok la tu.Hhaha.Flying kiss skit nenek aku.Muah muahh!

Gua baru balik dari kampung gua kat Negeri Sembilan.Ingat balik hari jumaat.Rupa-rupanya satu hari je.Ish2...Tapi best gile kat kampung.Lagi2 dengan makcik gua yang kelakar cakap guna longat Negeri Sembilan.Tapi yang gua tak suka kalau balik kg ni mesti gua asyik nak makan je.Hasrat gua nak diet tak jadi baii.Batal terus.Arghhh..

Dan balik dari kampung,aku ade keje.Kena design header untuk orang dan buat blog untuk orang.Banyak keje banyak income.Hehehe.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA U OLLSS~~

Nov 15, 2010

Adegan cium mulut depan pavilion.Apa lu ingat ni New York ke ape?


Apa lu ingat ni luar negara?Negara takde orang islam duduk?Selamba lu je nak cumulut?Nak tau mak gua cakap apa?Mak gua cakap perempuan tu murahan!Bodoh!Ok la pilihan pertama pilih KLCC.Kalau gua pun pilih KLCC.Dapat la jugak gua shopping,tgk wayang tgk cerita 3d.Keh keh keh..Daripada lu pilih lelaki tu?Ahh dah tolol dasar tolol jugak.

Lepas tu selamba depan orang ramai cumulut bagai ahh,,Klau lu sentap sgt nak cumulut pergi la tmpt sembunyi ke ape kan.Ni depan orang ramai.Kot2 budak kecik nampak,dah tak suci otak budak tu.Lu orang islam,sedarlah la baii.Perempuan tu pun bangang.Lelaki tu perangkap kau je poitt.Tu dia suruh lu pilih dia atau klcc.Waa..dasar bangang.Sebab apa gua cakap mcm ni.Sebab gua punya kawan ada pengalaman mcm ni.Tapi nasib baik kawan gua tu pandai mcm gua.Tak makan janji2 manis lelaki.Huyaa..Bangang2.

Cuba lu orang kira berapa kali gua cakap bangang?Keh keh..

Header En.tikus dah siap.



Header en.tikus dah siap.Tapi pasal aku rasa mcm tak puas hati ah?aiyoo..En.tikus besarkan dulu image baru save image.Masa upload header tu pastikan tick pada shrink to fit.

Korang sekarang ni Ika ambik request nak buat header.

Wuhuuu..aku sebenarnya tak terfikir pun nak ambik request buat header ni.Tapi sebab aku dah ada customer aku yg pertama iaitu En.tikus,aku cuba la buat.Bayarannya mengikut korang punya header tu.Kalau korang punya header tu simple.Murah la.Tapi kalau korang punya header tu mcm2 kehendaknya.Mahal sikit.Tapi yang pastinya bawah Rm 20.Tak lebih dari tu.Sebab aku tak expert lagi.Tapi korang jgn mintak buat animation punya header tau.Sebab aku tak expert lagi.Buat biasa2 saja boleh la.

Sekarang ni header En.Tikus dah siap.Tapi tgh tunggu dia reply ok ke tak.Dia off9.Aku sebenarnya kene banyak belajar lagi ni.Mcm yg aku cakap kat entry sebelum ni,ingat nak ambik klas design sementara cuti sekolah tapi tak tahu kat mana.

Kalau korang nak,messages kat facebook.Lepas tu bincang kat facebook macam apa korang nak ok?



Besok balik kampung.Balik KL hari jumaat macam tu.So kalau ada yang request.Tunggu aku balik dari kg.

Nov 14, 2010

Aiyoo..sudah jatuh ditimpa gelak.

Semalam dengan hari ni mmg hari jatuh sedunia ke?Semalam mmg hari memalukan gila!Gua tgh molek2 duduk kat kerusi dekat cafe ayah gua.Tengah berborak2 dgn kawan..sekali bedebush!Jatuh.Nasib baik perlahan.Kerusi tu lembut bai!Semua orang tengok!Cehh merah padam muka gua.Dem

Hari ni pulak memalukan jugak.Tadi gua pergi tgk wyg ngan famili kat galaxy ampang.Then sementara tunggu wayang start pergi main atv.Aku naik kereta auto tu ngan adik angkat.Yg adik angkat gua ni punya sengal bawa laju then tiba2 belok.Sekali bedebush!!GUA JATUH LAGI!Habis budak2 kat situ gelakkan gua.Ceittt!!!!Malu siot!Arghh..dem dem!

..

Nov 13, 2010

Gua tertipu;)OMG!

Omaihott!!Gua tertipu.Tipah tertipu!Sebab apa gua tertipu?Meh gua story sama lu orang.

Ayah gua ade kafe kat Taman tasik.Dah dekat setengah tahun jugak la.Sebelah kafe ayah aku tu ade bundle.Owner bundle owner ada anak namanya moon..Tak tahu pulak aku ejaan nye mcm mana mun ke,moon ke tapi sebutannya ala2 mcm tu la.Umur dalam lingkungan 4-5 tahun mcm tu la.Aku punya rasa dem ingat selama ni anak dia tu perempuan.Ye la dah la nama moon,muka mcm perempuan,rambut panjang mcm perempuan tapi perangai mcm lelaki la.Ye la aku ingat tomboy.

Then dua hari lepas,dia berbogel then aku nampak kemaluan budak kecik tu.Owhh shit!lelaki??Terlopong wei!Gua rasa tertipu.Gua tertipu.Then aku cerita ngan mak aku ngan mak angkat aku.Diorang bantai gelak.Aiyoo..padahal nak dekat setengah tahun cafe ayah aku tu dibuka.Dem dem..arghh...

p/s jgan gelakkan aku.Aku mangsa keadaan...

..

Nov 12, 2010

Tak pandai design tapi dalam proses percubaan..

Aku ni takdelah pandai design header tapi dalam proses percubaan nak tingkatkan lagi.Belum mantop lagi.Hihi.

Header blog abang aku.


Ni header blog adik aku.Sama je macam abangnye.Sebab dia nak sama.Tapi takpe jugak.Takde membazir masa.Wahaa.


Header ni header pertama yang aku design.Byak berjasa woo header ni.


Ni header kedua.Improve sikit.haha


Ni header ketiga.Tapi sakai gila.


Ni header keempat.Time ni aku dah mantop sikit.Haha


Header kelima.


Header keenam.Cikai gila...!!!


Header ketujuh!takde koje!!!


Header yang kelapan.Ingat nak buat konsep muslimah tapi dem!haha

Header yang kesembilan.Bila nak habis ni?haha

Header yang kesepuluh???Tak sangka aku asyik bertukar header.Hhaha


Ni header yang ke berapa??hahha


Bila nak habis??haha.byk bersabar..



Header yang kesepuluhseratussembilan berapa tah!haha

Hehe...


Header yg ke berapa ni???Aku pun dah fail mengira ni..


Antara header kesukaan aku.

Purple!!


Header paling simple.

Ni header transparent aku yang pertama sekali.Dah maju!

Time ni  bongkak sikit.Dah maju siott!haha



Header kedua terakhir..


Header yang sekarang.Wahaa.

Aiyoo..tak terkira header blog aku.Mmg gatal betul tgn aku nak menukar header.Tapi aku kene lagi belajar.Ingat nak ambik kelas design sementara cuti ni.Tapi kat mana?

p/s:follower lagi 8 nak 100..Alhamdullilah..