Nov 8, 2010

Tag yang pertama dari cik lya!!!Cehh bangga ah??

Aku kene tag dengan kak lya yang comel lote ni.hihi.So aku kene perah otak ni.Haha.

"once you have been tagged, you are supposed a note with 25 random, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, it's because i want to know more about you."

Jadi ini kiranya sesi suai kenal la ni.Mungkin fakta pasal aku ni ada antara korang yang tak tahu.Nanti kalau dah tau,jangan buat tak tahu pulak.

FAKTA PASAL SYAFIQAH.

pak pak kebum kebum pak pak kebum kebum*bunyi kompang

1.Aku ni pemalas!Tengok,aku jujur ni.Jujur aku cakap aku pemalas.Pemalas yang amat!Terus kene reject jadi calon isteri.T_T.

2.Tak suka bau rokok!Kalau boleh dengan orang yang merokok pun aku benci.Buat sesak nafas je.

3.Tak suka orang tarik tudung aku.Dah penat aku pakai lawa2 tudung.Lepas tu kene tarik.Walaupun gurau tetap aku marah!

4.Paling benci kalau ada orang usik barang aku tanpa kebenaran.Privacy!

5.Bilik mesti sentiasa kemas.Selagi tak kemas aku tak puas hati.

6.Banyak cakap!Kalau nak kawan ngan aku kene tahan la ..Huahuhua.

7.Malu nak tegur orang tapi kalau dah tegur mesti mesra..

8.Aku suka lengah-lengahkan masa.Tak patut betul!Hihi.

9.Mesti nak kene online.Kalau dah online sukar nak beralih.

10.Sekarang ni aku suka tengok bola.Woot woot!

11.Tak suka lelaki yang poyo.Ingat diri tu hebat sangat.Hebat ke?

12.Tak pernah bercinta.Seyes!

13.Suka baca novel.Lebih2 lagi novel cinta.

14.Suka photography.Sangat2 suka.Minat gile!

15.Tulisan aku buruk!haha

16.Jarang guna handphone.

17.Pandai berdikari.Aku bukan anak manja.

18.Sedang dalam percubaan nak mantapkan ibadah aku.

19.Makanan kegemaran aku tauhu sambal.Feveret wei!

20.Cepat boring dengan sesuatu.

21.Suka lelaki yang gentlemen.

22.Aku ada banyak koleksi beg.

23.Suka shawl.Kurang suka tudung bawal.Agak menyusahkan.

24.Aku selalu bangun lambat.Selalunya bangun pukul 10 lebih itupun mak aku dah jerit."IKAAAA..BANGUN!!".

25.Aku perempuan yang berani!cehh statement berani mati nampak?wahaa..

Ni la antara fakta pasal aku.Actually kalau nak cerita pasal aku,sampai besok pun tak habis.Tapi yang 25 fakta ni antara fakta yang biasa2 je la.Ada yang luar biasa tapi malu lah nak cerita.Ekeeleh.menyampah.

Ika tag semua orang yang baca benda ni.Kalau korang nak buat,buatlah.Hihi.