2010/11/01
PERSIAPAN skuad bola sepak ke Sukan Asia Guangzhou yang hanya berbaki beberapa hari disentak dengan perkhabaran kapten Bawah 23 kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak mungkin tidak akan menyertai penerbangan ke China selepas terbabit dalam kecederaan teruk ketika final Piala Malaysia, kelmarin.
Pertahanan tengah 23 tahun itu terbabit dalam pelanggaran dengan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada separuh masa kedua dan terpaksa diusung keluar. Tanpanya, Kelantan menembusi pertahanan Negeri Sembilan dua kali untuk kemenangan 2-1.
Adik kembar, Zaquan Adha yang ditemui pada majlis tandatangan ucapan khas anjuran Astro Arena buat atlit Sukan Asia di Sunway Pyramid semalam, berkata ia adalah kecederaan serius dengan Aidil bakal mengetahui nasibnya apabila bertemu doktor hari ini.
“Esok abang jumpa doktor untuk mengetahui tahap kecederaannya. Buat masa ini dia sedang berehat di rumahnya di KL.
“Dia memberitahu saya dia tidak dapat bangun dan kakinya tak boleh bengkok,” kata Zaquan.
Zaquan turut berkongsi kekecewaan dengan Aidil berikutan penyerang itu juga diketepikan sehingga Mac selepas mengalami kecederaan lutut pada perlawanan persahabatan menentang kelab Qatar, Al-Jaish dalam rangka persiapan pasukan B-23, September lalu.
P/S:Aku bersimpati dengan Aidil.Harap-harap cepat sembuh dan maju kan sukan untuk negara!
P/S/S: Ini entry posts aku yang ke-100!! Tepuk tangan semua.Hhaha.syok sendiri.NGEHHH..
P/S/S: Ini entry posts aku yang ke-100!! Tepuk tangan semua.Hhaha.syok sendiri.NGEHHH..
2 comments:
kesian kat dia kan. dah lah hensem. hehe okay tak de kaitan, pape pon harap tak serius lah kecederaannya.
wah~ entry ke 100! congrats.:)
@Anna Boleyn
haha aidil memang hensem..ika pun harap mcm tu.
wee..thanks kak anna.
Post a Comment