Oct 31, 2010

Jangan jaga tepi kain orang.


Selalu kita dengar ayat ni bila kita tegur orang kan?Tapi kalau nak tau,sometimes kita kena jaga tepi kain orang juga.Tapi apa yang aku maksudkan jaga tepi kain orang di sini ialah kita kena tegur perbuatan yang tak baik di depan mata kita.DI DEPAN MATA KITA!Bukan kita dengar orang lain cakap,terus kita banned orang tu then pergi heboh dekat semua orang cakap tu ini sampai orang label kita makcik internet bergerak.Kenapa makcik?bukan pakcik?Sebab kadang-kadang yang suka bawa mulut ni perempuan.Bukan nak mengutuk perempuan sedangkan aku pun perempuan tetapi ini kenyataan.Tapi bukan semua perempuan ye.Ada jugak perempuan yang baik suci murni sesuci minyak masak cap murni.Tapi jangan terkejut,lelaki pun ada yang suka mengumpat tau.Zaman sekarang ni zaman advanced.Lelaki pun ramai dah buat kerja perempuan dan perempuan pun ramai dah buat kerja lelaki.Ye dak?

Ok berbalik kepada tajuk.Katakanlah korang nampak orang tgh buat maksiat depan mata korang,korang nak biarkan ke?Korang nak kes pembuangan bayi meningkat dan pecah rekod lepas tu masuk dalam buku Guinness World of Record?ataupun korang nak kadar vandalisme meningkat naik dan naik ke raking top ten hobi remaja zaman sekarang?Taknak kan.Sedangkan dalam Islam pun mewajibkan kita untuk mencegah kemungkaran di depan mata kita sama ada dengan percakapan,perbuatan ataupun hati.Mula-mula korang cegah melalui percakapan.Korang tegur perbuatan dorang.Kalau kepala dorang keras macam batu bata yang korang guna nak bina rumah tu,korang cegah melalui perbuatan.Report kat pihak berkuasa.Kalau tak boleh sangat sebab dorang degil Ya Rabbi korang cegah melalui hati dengan mendoakan dorang agar kembali ke jalan yang lurus bukan ke jalan yang bengkang bengkok dan putus macam kat Bukit Putus.Tapi mencegah melalui hati adalah selemah-lemah iman sebab cegah melalui hati tidak memberi apa2 kesan yang dramatis inovatif mahupun kritis kepada pelakunya.

Tapi jangan sampai teguran kita itu menyakitkan hati orang dan membawa kepada pergaduhan lalu mencetuskan Perang Dunia ke 3.Huwaa.Jangan sampai begitu.Entry kali ini cuma nak berkongsi dengan korang supaya kita boleh jadi lebih baik pada masa hadapan.Wahh patriotik gitu!Haha..Sekarang korang renungkan lirik lagu ni untuk pandangan mata korang yang bulat,sepet,separa sepet,tak sepet,segi tiga,petak.Dah jangan merepek!

Wali Band-Taubat Maksiat (Tomat)

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

7 comments:

cik EPAL said...

suka lagu tobat maksiat ni! hehe =)

syafiqah ezam shah said...

@cik EPAL
yeahh..sama.

Anna Boleyn said...

betul betul. unutk kebaikan tak pe kalau jaga tepi kain orang. bt, lagu wali band ni mmg bagus. lirik dia pon bagus. :)

Anna Boleyn said...

p/s : jom baca

Mission 2 accomplished - Warm advice to all HLN commentators.

syafiqah ezam shah said...

@Anna Boleyn
yup setuju.hehe.Lagu wali band semua best2!like it;)wokay.

Azmie said...

betul, jangan jaga tepi kain orang.. sebab kadang2 kain sendiri tak dijaga, sampai orang curi bila kita sidai diluar, hehe~!!

Jom ke Laman Blog Pesona Akasia..! Hanya klik di SINI

syafiqah ezam shah said...

@Azmie
haha..nampak sangat anda tak baca.hehe;)