Oct 27, 2010

#1 Tutorial-Mencantikkan blog menggunakan TEMPLATE DESIGNER.

Wokay.Memandangkan Ini tutorial Pertama aku,hope korang faham.Heee...
Tutorial ni direquest oleh adik Aina Yasmin.
Dia cakap dia jeles..Huwaaa..Sekarang ni tak payah jeles.Akak sedia membantu.!


Log in blogger->Design


Nampak tak aku ada bulatkan Template Designer tu kan?Tekan situ.


Then,akan keluar macam gambar kat atas ni. Kat Template designer ni ada macam-macam jenis template.Tapi untuk tutorial ini,aku akan gunakan template ETHEREAL sebab ia adalah satu template yang basic dan template ni yang aku gunakan sebelum template aku yang sekarang ni.



1)Klik pada template ETHEREAL
2)Klik pada choice yang ketiga seperti dalam gambar gajah  rajah.

Okey.Dah buat step 1 dan 2?Gmbar kat bawah ni hasil step 1 dan 2.


Nampak tak hasilnya?Nampak tak?Nampak tak?Hehe.okay.Kita belum habis lagi.Sekarang masa untuk kita edit BACKGROUND pula.


3)Klik pada background
4)Pilihlah background apa yang korang nak mengikut citarasa korang ye?Hihi.

Tapi mesti ada antara korang yang boring kan dengan background kat TEMPLATE DESIGNER ni?Takpe-takpe ada penyelesaiannye.

Kalau korang perasan kat gambar gajah  rajah di atas ada upload image kan?Perasan tak?perasan tak?Kalau tak perasan meh aku tunjukkan.


Kat gambar rajah di atas aku ada bulatkan Upload image.Sekarang dah perasan kan? korang klik kat upload image tu cepat.TAPI,,sebelum tu korang kenalah ada background yang korang nak.Selalunya aku akan cari background kat google je.Tapi nak senang cari kat website ni-------> http://www.backgrounddiva.com/.Lepas korang dah jumpa background yang korang berkenan tu, korang right click kat mouse korang then tekan save image as.Contohnya macam ni



So sekarang korang dah ade background yang korang nak.Tapi jgn sampai korang lupa lah mana korang save background tu.

Berbalik pada upload image tadi.



5)Klik UPLOAD IMAGE
6)Klik choose file dan klik la background yang korang save tadi
7)Klik DONE!

Lepas korang dah tekan done tu,Korang akan jumpa ini.



8)Korang klik situ then pilih TILE.sebab korang punya background tu tak besar saiznya so korang kena TILE kan background tu.
9)Untick scroll with page tu sebab kita taknak background bergerak sekali bila kita scroll kita punya blog.Ok?

Lepas dah habis semua step tadi,korang tekan la APPLY TO BLOG.Dan hasilnya begini.

=
=
=
=


Whoaa!Nampak lainkan sekarang blog korang.Tapi kalau korang tak puas hati lagi dengan font blog korang,korang pergi balik ke TEMPLATE DESIGNER dan tekan ADVANCED.





10)Klik pada advance
11)Pandai-pandailah korang nak edit mcm mana blog korang.Font warna apa,style mcm mane,size font berapa,warna font header apa.Mengikut citarasa anda ya!


Ok dah habis pun tutorial ni.Aku harap korang faham la sebab ni first tutorial.Tapi aku suka pula nak buat tutorial.Kalau anda benda korang tak faham.Jangan malu jangan segan.Korang tanya je.InsyaAllah aku akan tolong ok?

p/s:Kalau korang perasan kat gambar gajah rajah kat atas ada tab CIK EPAL kan?Waah kantoi aku usha blog cik epal sambil buat tutorial ni.Waahaa.Rindu kot dengan Cik Epal.Lama menghilang.Kalau korang nak tahu,aku terdetik hati nak buat blog dari Cik Epal la.Hihi.Welcome back Cik Epal!

p/s/s:Hope Tutorial ni dapat membantu korang yang baru melangkah ke dunia blog ni.!