Oct 10, 2010

10 -10- 2010

Satu tarikh yang menarik dan satu tarikh yang menjadi pilihan ramai orang nak mendirikan mahligai bahagia katanya.Amboi ayat kau syafiqah.Taknak kalah je.Tapi satu hari yang biasa bagi aku cuma yang membezakan angkasawan kita kahwin.Dato Sheikh Muszaphar.Alaa yang terbang pergi angkasa lepas tu la.Alaa bukan terbang tinggi tinggi si oltromen tak jadi ni,,laaa mamat hot pergi angkasawan tu la..*Hamzah jangan marah aku bahan kau!haha

Jom kita lihat apa makcik syafiqah ni buat.

#Pergi majlis tunang makcik aku.Bangun pukul 10 dengan malas dengan taik mata tebal kat mata.Tebal berapa inci tak payah tanya.!Gua cempuk karang.

#Sampai sana pukul 12.Sampai2 terus naik bilik makcik aku.Aku saja nak menyibuk kat dalam tu.Tengok orang   mekapkan makcik aku dan sumpah tengok dia kena mekap aku rasa rimas.Dengan bulu mata lagi la,dengan ayeshadow lagi la,mmg berat la kelopak mata makcik aku macam ada badak air kat mata.Ok itu tipu.

#Lepas tu ada saudara umur 14 tahun minta aku ajarkan dia math circle.Malam sebelum tu nasib baik aku dah study.Kalau tak mau aku kene gelak."Apa ni budak nak PMR tak tahu nak ajar circle ni?"kalau kene mcm ni mau muncung sedepa aku buat.

#Dalam perjalanan balik,kitaorang sesat kat bandar kinrara.Dan pada masa itu aku baru tau yang aku ni ketinggalan zaman.Baru tau ada mall nama IOI mall.Perghh besar siot mall tu.Kebetulan pula aku ada kenalan tinggal kat Puchong tapi aku tak singgah lah.Segan kot.Tak pernah pun jumpa dia.Takkan aku nak sergah tiba2.Mau kena baling kasut saiz 9.T_T

#Last2 jumpa jalan balik.Dalam 1 jam.sampai rumah.Terus call kenalan aku kat Puchong tu.Aku ceritakan pasal tadi.Dia tanya aku kenapa tak datang rumah dia.Aku kata aku segan.Dia tanya aku segan ke nak kenalkan dia kat mak aku.Ehhhhh sapa tak segan.Kan mak aku kata aku menggatal.Ahh sudah.Kenalan aku tu lelaki untuk makluman anda.Hehe.

Kan aku dah kata hari aku hari yang biasa.Cuma ada segelintir perempuan frust tahap menonggeng sebab angkasawan kita dah kahwin.Haha.Nasib!Aku suka gila gambar Pre-wed Dato Syeikh Muszaphar.Lawa kot!

image

4 comments:

Rara Nasiha said...

sweet je Sheikh Muzaffar dgn Dr. Halina. Sama padan.

syafiqah ezam shah said...

@Rara Nasiha
Tu la pasal.Sweet gila.

naz said...

kalau lah i ada duit. i khwin sorok2 je jimat duit haha

syafiqah ezam shah said...

@naz
haha.kahwin sorok2 apa barang.tapi betul jugak nanti kahwin mahal2 tapi cerai.buat habis borehh yoo..haha