Jan 31, 2011

Asyik asyik dengan header.

Header aku tukar lagi.Semalam lain hari ni lain.Lima minit lepas baru siapkan header member a.k.a ex-classmates.Dia mintak tolong buatkan header.Aku takde keje lain so apa salahkan tolong member kan?Aloooo.Korang jangan puji ai lebih.Malu ai.Eh eh penampor sedas dua nak?Okeh okeh hentikan cerekadrama.Nih headernye.


Amacam?Disamping tolong kawan.Dapatlah baiki skill mengedit aku nih.Kihkih.Dia nak berkonsepkan photography so JENG JENG JENG.!Wallahhh!Macam biasa Alyah besarkan dulu baru save image.Okeh done done!Lepas ni kena makeover blog kak Lya plak.

Jan 30, 2011

Blog SYAFIQAHEZAMSHAH kini berwajah baru!

Baru berwajah baru.Wink*.Dulu warna warni.Sekarang pun ada warna warni jugak tapi lebih kepada warna biru.So amacam?Mengancam?Dengan tagline baru lagi,ini kisah budak sekolah.Kau hadoo??Haha.Semua ni 100 peratus hasil tangan aku peluh aku menitis ke bumi.Siap muka kawan aku interframe kat header.

Semoga korang yang masuk blog ni sejuk mata memandang.Warna biru warna mendamaikan kan kan kan?Annoying gila.Dush dush.Haha.Btw HAPPY BLOGGING guys!

Jan 28, 2011

Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa.

*Buka lagu doa perpisahan untuk lebih fell sehingga meleleh air hidung.

Hari ni hari jumaat.Last day sekolah sebelum cuti seminggu sempena tahun baru cina.Sebelum tu,angpau mana?Sila bank in ke account aku.Okeh terima kasih.Berbalik pada cerita.Dan hari ni last day bagi budak form 4 yang dapat masuk ke sekolah asrama, sekolah kat sekolah lama dorang.*Korang memahami tak ayat gua ni?Dan korang tau tak yang aku tak dapat asrama?Tak tahu eh?Korang ni lambat masuk panggung lah.Ye aku tak dapat.Frust tu adalah jugak tapi bila aku fikir balik,sayang sebenarnya nak tinggalkan sekolah lama aku.Cikgu pun memang rock kapak lebih-lebih lagi cikgu BM aku.


So tadi kitaorang bergambar sebelum berpisah dengan 7 orang kawan kitaorang yang ada antaranya dah kenal sejak sekolah rendah lagi.Okeh boleh korang bayangkan betapa sedihnya kitaorang bila nak berpisah?Sedih tau.Sila nangis sikit.Dah dah buruk bebenor rupa korang bila nangis.


Kepada Aqilah ,Fathinie,Syakeel,Syazani,Hazim,Syahirah,dan Arman,semoga korang berjaya kat sekolah baru.Semangat pun baru.Jangan lupakan kitaorang kat sini.!I will miss every moment that we get through together*menggelabah speaking.




P/S:Boleh tak gua nak frame semua gambar ni dalam bilik?Suka gila semua gambar ni!

Jan 26, 2011

Masakan campak campak.

.
Dah takyah nak garu kepala,garu dahi,garu hidung aku tau korang ada resdung.Takyah jugak cari maksud masakan campak campak kat kamus dewan kamus sivil.Sampai ko dah tua pun,takdanya korang nak jumpa maksud perkataan ni.

Hari ni aku terpaksa masak untuk buka puasa tadi.Sebab mak aku takda kat umah.Aku ni jangan cakaplah,dah lama tak masak.Dan aku ni bukan jenis yang menolong sangat mak kat dapur tapi tak beerti aku tak tolong mak aku eh.Aku jarang tolong masak sebab mak aku jenis yang memang buat kerja cepat.Memang laju,selaju korang dan korang pergi shopping.Eh eh takyah sembunyi aku tauuuuuuwww.

Disebabkan aku ni jenis yang bukan menghafal sesuatu resepi,aku bila masak aku main campak je la semua bahan yang aku jumpa kat petiais.Memang parah lah future husband aku nanti.Pftttttttt.Menggelabah future husband konon.Kihkih.

Ni haaaa hasil masakan campak campak aku.

MASAKAN PERTAMA
DENG..DENG..DENG..
=
=
=.

Nama masakan:Telur hitam legam bangla pun tak hitam macam ni.

MASAKAN KEDUA
DENG DENG DENG
=
=
=
Nama masakan:Sayur sawi masak air banyak aku tau la kat umah kau air banyak.

Rare tak nama masakan aku?Rare tak rare.Asalnya masakan pertama tu aku nak masak telur masak kicap tapi taktau apa masalah dengan skill masakan aku sampai jadi hitam legam macam tu.Grrr.Yang masakan kedua tu pulak air terlampau banyak sampai rasa pun tawar aku nak rasa time masak tengah puasa.Ekelehhh..

Tiba-tiba tadi lepas aku dah habis masak,ayah aku balik bawak balik lauk.Atoiiiiiaiii.Dah masak da,ayah aku bawak balik lauk.Memang banyak la lauk buka puasa tadi.

Lauk:Tomyam
sayur kailan masak ikan masin
Paprik.

So dapat bayangkan betapa kenyangnya aku? Terlebih-lebih lauk tadi.Takpe2,buat lauk untuk sahur besok.Yeahh!Besok puasa lagi.Ada ciri2 isteri idaman tak?Pftttttt masak pun tak lepas ada hati nak jadi isteri idaman.Pooodahhhh betei.


Jan 25, 2011

Akademi Fantasia 9 ,AF terakhir?Betul ke?Kalau betul,korang yang berbakat tu pergilah ujibakat.Cepat jgn nanti korang terlepas.

Holaaa~~
Dengar khabornya AF9 ialah AF yang terakhir.Aku yang mendengornya excited la pulak kan?Tapi tak cukup umur.Kihkihkih.Uishh berangan lebih.Silap-silap pergi ujibakat baru langkah kaki nak masuk biik ujibakat tu dah kena halau.Amboii teruk bebenor.Takdelah,nak rasa juga kan macam mana rasanya di ujibakatkan oleh artis-artis yang berpengalaman yaww gituwww!

Yang korang,korang,korang dan korang ni*ambik seorang satu korang ,yang rasa ada bakat tu pergilah.Nanti menyesal kang terlepas peluang macam mana rasanya diujikaji diujibakatkan.Ye dak?

Antara lagu-lagu wajib untuk perempuan:


NoLaguPenyanyi
1Ku Ada KamuAdira
2NobodyWondergirls
3Realiti DewiAlyah
4Tolong Ingatkan AkuAna Rafali
5JahatStacy
6Hati yang Kau SakitiRossa
7MatahariAgnes Monica
8Pelamin Anganku MusnahAzie
9Bila CintaGio & Felly
10Bertamu Di KalbuJaclyn Victor
11HeloBeyonce
12Sejak Ku Bertemu PadamuSanisah Huri
13GilaMila
14Puisi CintaElla
15RelaTila
16Aku Tak Percaya CintaLiyana Jasmay
17Cinta SempurnaYuna
18Tari Tualang TigaSaloma
19Cinta IniDato' Siti Nurhaliza
20Ku Bukan AkuTilu


Lagu wajib untuk lelaki:


LELAKI

NoLaguPenyanyi
1Selamat MalamFaizal Tahir
2Kebahagiaan Dalam PerpisahanShahir
3Drama KingMuh
4ExtravaganzaBunkface
5BillionaireTravis McCoy
6Bukan Cinta BiasaAfgan
7Ketulusan HatiAnuar Zain
8Bila CintaGio & Felly
9Noktah CintaHafiz
10Yang PernahEstranged
11Dan Bila EsokSofaz
12Akulah Kekasih MuAxl's
13Tinggal KenanganSalem
14Tak Mungkin BerpalingZamani
15PelitaApi
16Susun Silang KataAizat
17Inilah CintaAkim
18Sorry SorrySuper Junior
19BabyJustin Bieber
20YankWali Band
Dan sumpah semua lagu best best.Rugi la korang tak pergi ujibakat.Apa yang istimewanya kali ni,korang boleh ujibakat melalui ONLINE.Hebat kan?Korang yang rasa malu-malu tu nak pergi ujibakat depan juri atau takda masa nak pergi ujibakat,korang just hantarkan je video korang kat  website ni>>>www.akademifantasia.com.my

Senang dan mudah.Tapi kalau yang nak ujibakat secara depan-depan,face-to-face.Tempat ujibakat dia kat sini:

Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 28, 29 dan 30 Januari 2011.

Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11, 12 dan 13 Februari 2011.

Untuk yang berumur 18-45 tahun pada 10 Januari je tau.Yang rasa bawah umur macam aku ni takyah berangan-rangan.Pelamin angan ku musnah*tetiba.Dan mungkin pengacara AF9 ni adalah Aznil Nawawi.Tapi tak pasti lagi la.Mesti bestkan kalau Paknil jadi pengacara?Btw hope sape yang pergi ujibakat berjaya!

P/S:Tak sangka masuk kelas Sains TULEN ni menyiksa jiwa batin kan?Gila kelam kabut kat sekolah tadi.Tengah lapar ni.Tak sabar tunggu buka puasa.Tengah puasa ganti.Hehe.ADIOSA~~


Fokus pada buku!Physics dooo~~Haha