Jan 1, 2011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung.Mari ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.


2011/01/01

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. 

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. 

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. 

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok. 

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre. 
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. 

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA 

Sumber-Berita Harian Online
Aku memang suka dengan lakonan Allahyarham Faizal Yusof.Aku start kenal dia bila dia berlakon citer Manjalara.Tak sangka dia meninggal sebab takde pun kat suratkhabar.Rupa-rupanya pagi tadi dia meninggal.Tu sebab suratkhabar tak sempat nak sebarkan tentang kematian Allahyarham.Muda lagi tu/Tapi nak buat macam mana,ajal dan maut ditangan tuhan.

P/S:Sumpah ku takut skang dengan penyakit jantung ni.Pembunuh senyap! 

2 comments:

platipus said...

hilang sorg pelakon hensem
innalillah..
al fatihah

syafiqah ezam shah said...

platipus;
tu la bukan hensem je.berbakat;(
al-fatihah