Apr 3, 2018

What i eat in a day for weight loss

On previous post, I talked about what i did to lose weight. This time, I'm going to show you guys what i eat in a day and what food I avoid. Firstly, it is very important to be aware of the food calories. Ika ada mention pasal ni sebelum ni. Sangat penting okay benda ni especially untuk someone yang baru nak start diet. Calories in and calories out are the most crucial matter in diet. Kalau korang consume kalori kurang dari yang korang perlukan dalam sehari, korang akan lost weight. Kalau lebih, korang akan tambah berat. Easy math haha.

My calories intake per day is 1200 calories per day. So ika memang aware la dengan apa makanan ika ambik. Kalori dia berapa. Bila jadi student ni, memang susah la sikit nak eat clean. Sebab susah nak sediakan makanan semua. Nak masak sendiri memang susah la kan.Lagi lagi yang duduk kat dorm. Tapi kalau tekad betul betul, takdelah susah mana. For breakfast, ika akan makan oat. Yes oat. Sedap okay! I love it. 




This is my usual breakfast. Together with hot green tea

Owh i use quick cook oat. Actually it much better if you use rolled oat but its doesn't really matter to me. Asalkan jgn pergi makan oat yang 3 in 1 tu sudah. Itu dah bukan eat clean namanya. Sebab 3 in 1 ni dah ada gula tambahan semua. We don't want that.

Resepi oat versi IKA yeay!:

Oat ( Dalam setengah cawan atau 4 sudu makan)
Air panas ( ada org guna susu tapi sebab ika tak ambik dairy sgt so i prefer air kosong je)
cinnamon 
madu
Pisang 
Kismis
nuts/ granola kalau ada

Oat tu ika akan campur dengan air panas.Gaul then letak madu sikit, letak cinnamon sikit.Gaul lagi. Toppingkan dengan pisang dan kismis. Kalau ada nuts letak sikit. Yeayyy siap. I really love to eat this. Fav wei.



oat yang ini ye awak awak.

For lunch, ika akan makan salad ngan tuna. Actually ini lunch ika ambik masa ika mula mula start diet dulu . For the first month of diet tu, ika memang tak sentuh nasi langsung. Lagipun ika dah makan oat waktu breakfast, so taknak consume carbs byk sgt. Tapi sekarang ika makan je nasi. lagi lagi kat kolej ni, susah nak masak sendiri untuk lunch. Busy kan kelas semua. mana sempat.  So ni antara jenis makanan yang ika makan untuk lunch. Tertakluk pada anak tekak dan masa. Heee


 
Nasi segenggam,ikan bakar, sambal belacan sikit  dan yang lainnya semua sayur. NO EXTRA KUAH BANJIR. 


Ni sup sayur dengan sohoon. Masak guna rice cooker je. legend haha



Yang ni stir fry vegetables dengan chicken ham sliced. Letak sos sikit. Buah epal sebagai snack


Untuk dinner pulak, terpulang. Kadang kadang ika tak makan, Atau lapar sgt ika akan makan buah buahan je. Atau ika akan makan chicken wrap if i'm too hungry that time. 

So, what food i avoid when I'm on diet?

- Makanan bergoreng ( Nasi goreng, bihun goreng, mee goreng semua dengan nama goreng jyeah)
-Roti putih, roti canai, segala roti ( selain wholemeal)
- Makanan yang ada santan ( Nasi lemak, kari, gulai etc..)
- Dairy (cheese, susu,chocolate)
- Makanan yang byk MSG ( maggi)
- Junk food
-Candy
- Fast food ( KFC,mcd dan sama waktu dengannya)
- Air manis  ( Ika mmg minum air kosong je)


Nampak gila kan? Tapi nak kurus kan, kenalah sacrifice. Mula mula seksa, tapi lama lama dah biasa. Ika dah buktikan pun benda ni semua possible. So chillax . Haha. I'm happy with my eating habit now. Bila dah start eat clean ni, kalau tersasar sikit makan, terus badan rasa lain macam. Nak muntah pun ada. Sebab badan dah biasa terima benda yang sihat, so kalau makan terlebih benda tak sihat,terus rasa tak selesa. Betul, ana tak bohong. Haha. So ini sahajalah entry pada kali ini. InsyaAllah lepas ni ika akan share cara diet versi student dan kos kos tertentu (kawan punya request LOL) . Bye :)





No comments: