Oct 1, 2011

Tips-tips peperiksaan untuk pelajar PMR.

Memandangkan adik adik akak yang tingkatan 3 ni nak PMR pada hari selasa ni,akak ika ni *cewahh nak bagi sikit tips yang mungkin berguna untuk adik adik.Tips ni berdasarkan pengalaman akak sendiri.

1.Jangan buat persediaan last last minute.Benda ini sangat sangat penting.Bukan persediaan dari segi pelajaran je tapi dari segi alat alat tulis.Pembaris,pensel 2B,kalkulator,pemadam,apa lagi?Protractor.Semua yang berkenaan la.Kalau boleh dua hari sebelum hari peperiksaan dah siap siap beli masuk dalam beg terus.Ikat alat alat tulis korang tu dengan getah supaya tak hilang.Sebab mana boleh bawa pensel box dalam bilik peperiksaan kan?So pensel box yang jenama girls la,morgirl la,miss whatever la,dan sebagainya tinggal belakang.Yang penting sekarang getah ye adik adik?Hee:)

2.Pastikan slip peperiksaan dan kad pengenalan sentiasa ada.Kalau tak ada dua benda tak tahu la adik oi.Kalau pengawas peperiksaan tu baik hati takpe jugak tapi kalau jenis yang tegas punya?Adoi masak adikku sayang.Kalau rasa taknak slip tu koyak ke,kotor ke,laminated slip tu?*betul ke aku eja laminated.lantakk.Tapi kalau akak,takdenya laminated2 ni,redahhh je.HAHA.

3.Jangan baca buku sebelum masuk dewan peperiksaan.Seriusly jangan la buat benda haram jadah ni kalau taknak benda yg ada kat otak korang tu hilang.Elakkan ye?Yang penting sebelum masuk dewan tu, masa tengah beratur tu,relakkan minda.Tarik nafas banyak banyak.Fikir pasal benda yang indah indah.Banyakkan baca selawat.InsyaAllah.Mesti dapat jawab soalan tu punya lah.

4.Banyakkan buat latihan.Bagi yang suka sangat buat kerja saat saat akhir ni,kalau boleh jangan membaca sangat.Banyakkan buat latihan.Tengok soalan2 tahun tahun lalu.Supaya kita dah kenal dengan soalan soalan macam tu.Kita dah cam dah soalan tu.

4.Banyakkan buat solat sunat.Ini yang paling penting.Jangan mengulangkaji je tapi tak berdoa kat Allah.Minta kat Allah supaya urusan dipermudahkan.Amin.

So inilah 5 tips yang boleh akak kasi.Semoga berjaya!

0 sayang budak sekolah ni: