Dec 21, 2010

Beza antara blogger lelaki dengan perempuan.

.
Seperti biasa,aku baru balik dari cafe ayah aku.Memang itu je lah rutin harian aku.Pergi cafe ayah aku pagi,balik malam.Baru sekarang aku sempat nak update blog.Btw,hari ni aku nak update tentang beza antara BLOGGER LELAKI dengan BLOGGER PEREMPUAN.Seperti yang kita semua tahu*cehh ayat skema,memang ramai sekarang orang yang ada blog.Almost 60% aku rasa seseorang tu mesti ada blog.Kiranya blog ni dah macam trend la kan?Tapi apa beza antara BLOGGER LELAKI dan BLOGGER PEREMPUAN,meh kita rungkaikan sekarang meh.

1.Blogger lelaki tak perlukan rupa yang kacak macho ala-ala Shah Rukh Khan,Salman Khan,atau Salmon Khan untuk pikat pembaca tapi perempuan perlu.Betul Tak?Sebab apa aku cakap macam ni?Okaylah,cuba korang pergi ke blog lelaki sekarang,toksah tengok gambar dia tapi baca penulisan dia.Mesti korang akan terpikat kan?Apa yang aku perhatikan sekarang,kalau aku pergi kat facebook blogger lelaki,perghh,penuh dengan perempuan je.Muka nak kata macho tak jugak.Ok blogger lelaki yang baca ni,jangan terasa ok?Kah kah kah.Tapi kalau perempuan?Bukan nak kata perempuan cun je popular tapi ini hakikat kan?

2.Almost blogger perempuan akan ceritakan pasal rutin harian dia kat blog tapi blogger lelaki lebih kepada imaginasi!Okeh,aku jadikan blog aku sebagai contoh.Dalam blog aku mesti ada cerita pasal aku keluar pergi mana,rupa bilik aku mcm mana.Tapi cuba korang usha sikit blog lelaki,lebih pada imaginasi kan?Contohnya la,blog si akal panjang ni eh salah tunjang ni,dengan future wife dia,dengan anak imaginasi dia,perghh.Then aku suka baca cerpen pendek-pendek dia tu.Aku nak kata best,seronok tapi takut kembang kempis pula hidung si hiro ni karang.Hmm..NEXT!

3.Blog lelaki lebih berinformasi.Honestly la,aku lebih suka baca blog lelaki dari blog perempuan.Bukan nak kata blog perempuan tak best sebab aku pun perempuan,but aku lebih byk baca blog lelaki dari blog perempuan.Tapi ada jugak blog perempuan yang best,kadang-kadang ada blog perempuan yang gila-gila skit.Baca blog dorang pun senyum tersengih-sengih mcm kerang busuk.Kadang-kadang kalau mak aku perasan aku tengah tersengih depan pc mesti mak aku kata "haah,,tengah chat ngan pakwe lah tu.Hmmm Sudahhhhh.

4.Kebanyakan layout blog lelaki lebih kemas dan simple dari blog perempuan.Kadang-kadang ada blog perempuan terlampau sarat dengan widget itu,ini padahal sebenarnya kalau takde widget tu pun takpa.Lagi sedap mata memandang.


Aku bagi 4 point yolahh.Taip panjang-panjang karang,jenuh korang nak bacanya.Tapi kali ni punya entry panjang pula.Hehe.Tapi ni opinion aku je la.Tak tahu la korang kan?


Hanis Zalikha cun meh.Top 6 tu dalam Google Malaysia's Fastest Raising People.Kalah Datuk Siti Nurhaliza uolsss!Keh3

UPDATE: Blog perempuan best jugak tau!Haha.Aku tak perasan aku byk puji lelaki.Kah kah kah.

13 comments:

Imzainieyzulkipli said...

kene lah terima hakikat
sesuatu yg sedap dipandang adalah menjadi rebutan

btw nak tnye
tempplates blog nie buat sendiri ke??
or upah designer?
lawa lah

10jarijemari said...

saya suka entry ni....amat kena..hehe...
nice entry btway~ ^^

syafiqah ezam shah said...

Imzainieyzulkipli;
yepp!betul tu.

guna template designer je zainiey.tak upah designer pun.edit sendiri je;)

Deeyaudeen Sabri said...

btul2 btul :P

Arez Razin said...

setuju dgn no. 4 tu :)

syafiqah ezam shah said...

10jarijemari;
hehe.Kena pada sasaran ye?hehe.Thanks!

nub said...

kajian yg bgus oo..

ang tlg wat kajian tuk thesis final year ceqq..bhahahah

syafiqah ezam shah said...

Deeyaudeen Sabri;
;)

syafiqah ezam shah said...

Arez Razin;
Hehe.Amboi!

syafiqah ezam shah said...

nub;
thanks!

tak kuasa cheq naa..haha

Izz said...

btul2. senang cite dyorg suka brangan snnye sbb tu idea best.

syafiqah ezam shah said...

Izz;
keh keh keh.Setuju tu!

cik @!en said...

entry blogger laki nie lebih giler2 sikit.. diorng nyer imaginasi tinggi kot.. hahaha..

tpi setiap org punya taste sendiri kot dlm buat pilihan citer yg mcm mana diorg suka dlm entry. ye dak? hehe