Bab yang "I minat tengok blog u" tu,Aku rasa nak naness.Terharuuuuuu.Nama pun nampak macam lelaki,eh jom couple.Eh perempuan,sukahati je!Ngehh.
Aku nak buat entry ni pun aku rasa berbelah bahagi sebab earning aku pun sikit gila.Cash out pun belum pernah.Tapi sebab orang dah mintak tolong,apa salahnya kita tolong kan?Aku akan cuba tolong sebaik mungkin.
Okeh jom mulakan pelajaran kita.Sebelum ni aku seorang pelajar,sekarang aku nak mengajar pulak ye anak-anak murid.
Ramai orang sekarang ni dah ada blog,tak kesah la personal blog ke,business blog ke or etc.Tapi kebanyakan yang aku nampak personal blog la selalunya.Tapi ramai yang tak sedorr yang blog ni pun boleh jana pendapatan atau bukan dorang tak sedorr tetapi dorang tak tahu mcm mana caranya.
1)Daftarkan blog anda di pengiklanan online.
Aku tak tahu nak klasifikasikan syarikat online ni apa,so aku namakan je la pengiklanan online.Contoh pengiklanan online ni seperti Nuffnang,Adverlets dan macam-macam lagi,Tapi saranan aku ambik Nuffnang sebab kebanyakan blogger gunakan Nuffnang dan dijamin selamat.Nuffnang ni syarikat pengiklanan online yang akan memaparkan iklan kat blog korang.Contoh iklan tu macam Nescafe,Nokia,Digi etc.Syarikat ni lah yang akan membayar kepada korang duit iaitu earning berdasarkan pelawat blog korang.
2)Pasang iklan di blog korang.
Eh eh ingat dah daftar terus dapat duit?No no.Korang kena pasang dulu Ads/iklan.Cara ni supaya iklan tu boleh terpapar kat blog korang.Contoh Ads tu seperti gambar bawah.
Tutorial nak pasang Ads pulak klik ni---->klik sini
3)Promosikan blog korang.
Promosi ni bukan macam korang pergi pasar malam lepas tu memekik "Mai mai sini mai,cheq nak habak ni,layarilah blog cheq bla bla bla,panas macam pisang goreng panas..maiii".Uihhhhh.Not like that ok!Kan korang ada facebook la,twitter la kan?Apa gunanya kalau ada facebook atau twitter kalau korang tak promosikan blog korang tu kan?Jadi gunakan laman sosial lain untuk tarik pengunjung datang blog,baca blog korang supaya baru dorang tau tak kenal maka tak cinta.
4)Kenapa perlu ramai pengunjung pulak?
Kita perlu ramai pengunjung supaya syarikat iklan yang disiarkan melalui nuffnang tu akan percaya kat kita untuk siarkan iklan kat blog kita.Faham tak?Lepas tu bila kita dah dapat iklan tu,pengunjung yang ramai tu akan menolong kita dapatkan banyak earning.Dan inilah yang dikenali sebagai BUFFERED EARNING.Klik sini untuk tahu pasal buffered earning.
5)Cara cara nak nak tarik pengunjung?
First,macam point yang sebelum ni.Promosikan blog melalui laman sosial yang lain.Second,sesekali buatlah entry yang mempunyai keyword yang selalu orang search atau buatlah entry yang sedang HOT dan popular seperti sekarang ni pasal Gempa Bumi,tsunami dan pasal Akademi fantasia 9 pun bolehhh.Ini juga dikenali sebagai SEO.Entry macam ni lah yang buat orang ramai berkunjung kat blog korang.Sebab sekarang ni kan zaman teknologi?Ramai orang tau pasal isu semasa ni pun selalunya dalam internet.Zaman teknologi katakan.Budak tadika pun dah ada handphone,siap dengan wifi gitu lorhh.HAHA.
6)Macam mana kita buat entry macam tu boleh tarik pengunjung pulak?
Seperti yang dikatakan tadi,ramai orang tahu isu semasa ni melalui internet.So dorang mestilah akan search kata kunci seperti gempa bumi atau tsunami kat google.Tiba-tiba keluar pulak link blog korang sebab blog korang tu ada buat entry seperti gempa bumi dan tsunami.Korang untunglah,kot kot dia tekan link blog korang dan masuk.Korang dah dapat pengunjung dah.Nampak strategi tu ?Bonus pulak kalau dia baca entry korang tu then tertarik dengan blog korang yang berinformasi tu dan terus jadi pembaca tegar blog korang.Nampak?Nampak?Hihi.
Jadi itulah saja enam point.Eh dah habis?Cehh cehh senang kan?Tak susah pun sebenarnya.Aku cakap macam aku dapat byk earning.hehe.Percayalah cara-cara ni akan buatkan korang dapat duit hanya dengan berblogging je sebab dulu earning aku RM0.00 sen je tapi terus mendadak jadi belas belas ringgit dlam masa yang singkat.Dari korang asyik mengumpat tu lebih baik buat blog kan?
So harap-harap tips ni dapatlah bantu korang.Tak banyak, sikit pun takpelah.Aku pun tak expect high aku dapat banyak earning sebab aku sendiri pun jarang update.Blog pun selalu sgt private.Yang penting korang kena RAJIN.Itu je yang penting sebenarnya.
Kalau korang rasa macam ragu ragu pasal benda ni,,ce try tengok blog Cik Epal kita ni.Yang baru-baru ni masuk remaja then dapat earning sampai RM2000+.Tahniah!Belum lagi earning sebelum2 ni yang dia dah cash out.Banyak tu.Gaji korang kerja kat 7E pun tak sebanyak dia.Tak percaya?
Haha.Kau hadooo?Non hadoo kan?Hahahahaha.Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment