Feb 5, 2011

Gadis Semasa Sunsilk-Melda Ahmad

Gadis Semasa Sunsilk?Ye Gadis Semasa Sunsilk.Korang mesti tahu kan?Ala yang drama realiti kat TV3 setiap hari Selasa,pukul 6 petang mulai 11 Januari.Sekarang dah episod 4.Dan seyesly baru tadi aku tengok GSS ni kat Satoo.TV.Dan jujur dari hati yang ikhlas minda yang cergas aku suka gila dengan cerita ni.Meskipun 30 minit je,tapi memang best.Drama realiti ni adalah production yang ketiga selepas Impian Illyana dan Impian.Tapi apa yang membezakan drama ni,Sunsilk telah memilih seorang insan yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini atau gadis semasa.Dalam drama ini,MELDA AHMAD iaitu artis youtube kita,yang terkenal dengan lagu Putus dan Kimia telah dipilih untuk diasah bakat dan kriteria untuk menjadi gadis semasa.

Gadis Semasa Sunsilk

Dan drama ini ada terselit kisah benar tentang kehidupan Melda Ahmad.Melda ahmad adalah seorang pelajar dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara(UITM).Dia mula dikenali ramai setelah merakamkan lagunya yang bertajuk putus dan upload di dalam youtube.Lagu putus ini tercipta apabila dia mempunyai permasalahan di dalam percintaan.Dari putus cinta,sekarang lagu-lagu dia di dalam youtube sudah mencapai 200 ribu hits!Woow!


Lagu kedua kimia juga mendapat respons dari peminat dia sendiri termasuk aku.Sumpah aku suka lagu ni.First2 dengar je terus jatuh hati dengan lagu ni.



Dalam drama ini,Melda Ahmad akan dibantu oleh 3 mentor iaitu Ajai,Wardina Safiyyah dan Bambang.


AJAI
Pakar Vokal

Ajai akan mengekstrak bakat terpendam Gadis Semasa. Dengan kredibilitinya sebagai komposer, penerbit dan penyanyi, persembahan Gadis Semasa pasti akan lebih menyerlah.

WARDINA
Pakar Personaliti

Model, pelakon, usahawan dan pengacara terkemuka ini bakal membimbing Gadis Semasa agar perwatakan dan pembawaan dirinya sentiasa mantap dan yakin

BAMBANG
Pakar Dandanan

Pereka fesyen rambut terkemuka ini berperanan mendandan gadis semasa dari hujung rambut ke hujung kaki agar kelihatan menawan sepanjang masa. Bambang akan menggunakan produk Sunsilk serta ilmu yang dipelajarinya dari Thomas Taw untuk menyerlahkan keanggunan asli gadis yang terpilih itu.


Nothing much to say,kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak ikuti perkembangan drama realiti ni pergi usha kat http://www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk.Siapa yang terlepas tengok 4 episod GSS ni,boleh tengok kat link ni.Okehhh?*wink

p/s:MELDA AHMAD!You awesome!

2 comments:

Unknown said...

suka lagu kimia tu. hehehe

atikNAOshi said...

perghh..suka betol ngn lagu kimia tu..mula2 dgr mmg da jtuh hati...

hye..sy blogger baru :)

What i eat in a day for weight loss

On previous post, I talked about what i did to lose weight. This time, I'm going to show you guys what i eat in a day and what food I av...