Oct 31, 2010

Jangan jaga tepi kain orang.


Selalu kita dengar ayat ni bila kita tegur orang kan?Tapi kalau nak tau,sometimes kita kena jaga tepi kain orang juga.Tapi apa yang aku maksudkan jaga tepi kain orang di sini ialah kita kena tegur perbuatan yang tak baik di depan mata kita.DI DEPAN MATA KITA!Bukan kita dengar orang lain cakap,terus kita banned orang tu then pergi heboh dekat semua orang cakap tu ini sampai orang label kita makcik internet bergerak.Kenapa makcik?bukan pakcik?Sebab kadang-kadang yang suka bawa mulut ni perempuan.Bukan nak mengutuk perempuan sedangkan aku pun perempuan tetapi ini kenyataan.Tapi bukan semua perempuan ye.Ada jugak perempuan yang baik suci murni sesuci minyak masak cap murni.Tapi jangan terkejut,lelaki pun ada yang suka mengumpat tau.Zaman sekarang ni zaman advanced.Lelaki pun ramai dah buat kerja perempuan dan perempuan pun ramai dah buat kerja lelaki.Ye dak?

Ok berbalik kepada tajuk.Katakanlah korang nampak orang tgh buat maksiat depan mata korang,korang nak biarkan ke?Korang nak kes pembuangan bayi meningkat dan pecah rekod lepas tu masuk dalam buku Guinness World of Record?ataupun korang nak kadar vandalisme meningkat naik dan naik ke raking top ten hobi remaja zaman sekarang?Taknak kan.Sedangkan dalam Islam pun mewajibkan kita untuk mencegah kemungkaran di depan mata kita sama ada dengan percakapan,perbuatan ataupun hati.Mula-mula korang cegah melalui percakapan.Korang tegur perbuatan dorang.Kalau kepala dorang keras macam batu bata yang korang guna nak bina rumah tu,korang cegah melalui perbuatan.Report kat pihak berkuasa.Kalau tak boleh sangat sebab dorang degil Ya Rabbi korang cegah melalui hati dengan mendoakan dorang agar kembali ke jalan yang lurus bukan ke jalan yang bengkang bengkok dan putus macam kat Bukit Putus.Tapi mencegah melalui hati adalah selemah-lemah iman sebab cegah melalui hati tidak memberi apa2 kesan yang dramatis inovatif mahupun kritis kepada pelakunya.

Tapi jangan sampai teguran kita itu menyakitkan hati orang dan membawa kepada pergaduhan lalu mencetuskan Perang Dunia ke 3.Huwaa.Jangan sampai begitu.Entry kali ini cuma nak berkongsi dengan korang supaya kita boleh jadi lebih baik pada masa hadapan.Wahh patriotik gitu!Haha..Sekarang korang renungkan lirik lagu ni untuk pandangan mata korang yang bulat,sepet,separa sepet,tak sepet,segi tiga,petak.Dah jangan merepek!

Wali Band-Taubat Maksiat (Tomat)

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Apabila Adikku menjadi Ultraman! (EGBB)

JOM JOIN EGBB.

Contest ni dianjurkan oleh Hiro.Maafkan aku sebab join di saat-saat akhir.Ingat taknak masuk sebab dah tau aku akan berhadapan dengan kekalahan.Huwaa.T_T. Tapi nak sokong punya pasal,masuk ajalah.

Syarat-syarat contest ni ada kat blog Hiro.Korang usha2 la blog die.Tarikh undian pada 1-5 November.Kalau lu orang syg gua,undi gua.Hehe.Dan kenapa aku pilih entry ni?Sebab aku rasa adik aku lebih menjadi ultromen dia dari ultromen ni.Har..har..Jangan marah haa..

Tajuk:Apabila adikku menjadi Ultraman.
Tarikh publish:18 September 2010








                                                                        






























Maaf citer ni merepek T_T.Boring.Adik aku dapat costum ni sempena hari jadi dia.Haha.


Tiga orang yang aku nak tag:

Oct 30, 2010

Dah 70 follower!Trimass!


Wah dah 70 follower.Terima kasih kepada cik leyaa sebab jadi follower yang ke 70.Tee Hee.Tapi sometimes aku terfikir,layak ke aku dapat follower?Lagi-lagi dengan entry yang aku rasa merepek meraban tahap gaban.Kadang-kadang bila aku baca balik entry yang aku buat,aku rasa macam nak delete je entry tu.Rasa macam apajadahnyaakutulisni?

Tapi demi follower tercinta,aku akan cuba perbaiki penaipan aku.Harap dapat memberi info yang terbaik kepada korang.Dan aku nak minta maaf kalau entry aku dari yang pertama sampai yang sekarang ada menyakitkan hati korang,Lagi2 entry yang sebelum ni pasal Piala Malaysia.Wuhaa.Sorry sorry.Aku dah terima kekalahan tu.Ye la gomo klate gomo!Kepada Hiro,maaf jika anda fikir saya cakap Kelantan siot.Sebenarnya saya cakap Kelantan menang siot!Hahaha.Harap anda perasan perbezaannya.Sory sekali lagi.Wah terima kasih kepada blog aku ni yang banyak kena maki hamun semua.Terima kasih!

TERIMA KASIH!ADIOS!

P/S:Korang rasa boleh ke aku dapat follower sampai beratus-ratus?Korang rasa boleh ke aku langgar lampu merah trafik blog ni sampai polis trafik saman aku?Wahaaa..



Keputusan Piala Malaysia 2010!

TIDAKKK!!
KELANTAN MENANG 2-1!!!

Wahh tidakkk!!!noooo!!!Kelantan menang siot!Alaaa..Takpe2.Aku tetap bangga dengan negeri Sembilan.Negeri sembilan banyak pemain hebat cedera.Kelantan main kasar kot.Aidil pun cedera.Gila lah.Sebab Aidil cedera je.Tapi takpe aku bangga dengan NEGERI SEMBILAN.Main kasar apa jadahnya.Dah la penyokong asyik baling botol je.!Aku teetap sayang Negeri Sembilan!Hobin Jang Hobin.Takpe tahun depan ada lagi kan?HAR..HAR..

p/s;bukan Kelantan je catat sejarah.Aku pun catat sejarah first time tgk bola dari mula smpi habis.Hhaa.sampai mak aku cakap aku ni tengok bola sebab pakwe.Masa bila aku ada pakwe!hahaha..Tapi best jugak tgk bola!haha

Oct 29, 2010

Mayat berlipat dalam beg (Gila kejam!)

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni?Kejam tahap gaban sampai sumbat mayat dalam beg.Bayangkanlah remaja yang dah belasan tahun kena sumbat dalam beg yang saiznya ekeleh bukan besar pooonn.Malas nak taip panjang-panjang,baca je lah artikel ni.


KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.
KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.
AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.


Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya


Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.


P/S:Tak tahu nak kata apa tapi hati tgh membara-bara.Kejam wei!

Updated:Aku baru tau kat berita tadi pukul 8.00 p.m waktu Bombay yang mayat tadi sebenarnya berumur 20 an dan warga asing!


Oct 28, 2010

Penting ke SAHABAT?

Korang mesti pernah bergaduh dengan sahabat korang kan?Tipulah kalau tak pernah.Mesti time bergaduh tu rasa macam nak baling bom kat rumah dorang ke atau tak tembak pakai shotgun ke.*ok aku melebih.Tapi korang mesti akan rasa rindu kat kawan korang tu balik.Bagi aku sahabat tu penting dalam hidup aku.Kalau tak aku pergi ke sekolah,duduk sorang2 takde kawan lepas tu muka toye.Tau muka toye?Tak tau pergi buat eksperimen mcm mane muka toye.

Aku selalu bergaduh dengan kawan aku.Rasa macam hiba gila lepas tu dalam hati ngomel 'aku taknak kawan kau lagi.Jangan harap aku nak maafkan kau seumur hidup aku'.Tapi,last2 sekali mesti berkawan balik.

Mesti diantara korang yang rasa tak perlukan SAHABAT dalam hidup korang tapi bagi aku korang silap.Mungkin satu hari nanti bila korang susah,seseorang insan yang bernama SAHABAT yang tolong korang.Mungkin.Sebab tak semua manusia kat dunia ni tak berhati perut ye tak?Ye tak?Ye tak?*angguk cepat!

Tanpa sahabat aku akan rasa sunyi.Walaupun selalu gaduh tapi itu yang seronok kan?Nanti bila dah tua nanti*cehh pandang masa hadapan nampak? boleh main game imbas2 kembali ye tak?HAHA

Tapi,kadang kadang bukan semua orang kita boleh jadikan SAHABAT.Bak kata mak aku.kalau kita kawan dengan orang yang jual minyak wangi,kita akan wangi.Tapi kalau kita kawan dengan orang kerja jual arang,kita akan bau arang.Berhati hatilah dalam memilih SAHABAT.Sedangkan adik beradik pun boleh main tikam 30 sen tu eh eh silap tikam belakang laa inikan lagi SAHABAT yang bukan darah daging kita.

SAHABAT la tempat aku luahkan perasaan,tempat aku mengumpat*astaga,tempat aku pinjam tisu lap hingus bila selsema*nampak sangat aku kedekut nak beli tisu.HAHA.So SAHABAT penting bagi mak ye anak anak.HAHA.

Sayang korang.!T_T

Oct 27, 2010

Go go Negeri Sembilan!Eden sokong Negeri Sembilan!

Walaupun aku ni takdelah minat bola tapi disebabkan Negeri Sembilan main,Wuhuuuu den sokong nogori kelahiran den!Go go Negeri Sembilan!Chaiyok-chaiyok!Gambante!gambante!

Aku harap kali ni takdelah sampai ke tahap bergaduh.Aku bonci betul kalau sampai bergaduh-gaduh ni.Kalah dan menang adat pertandingan.Ada faham???

#1 Tutorial-Mencantikkan blog menggunakan TEMPLATE DESIGNER.

Wokay.Memandangkan Ini tutorial Pertama aku,hope korang faham.Heee...
Tutorial ni direquest oleh adik Aina Yasmin.
Dia cakap dia jeles..Huwaaa..Sekarang ni tak payah jeles.Akak sedia membantu.!


Log in blogger->Design


Nampak tak aku ada bulatkan Template Designer tu kan?Tekan situ.


Then,akan keluar macam gambar kat atas ni. Kat Template designer ni ada macam-macam jenis template.Tapi untuk tutorial ini,aku akan gunakan template ETHEREAL sebab ia adalah satu template yang basic dan template ni yang aku gunakan sebelum template aku yang sekarang ni.



1)Klik pada template ETHEREAL
2)Klik pada choice yang ketiga seperti dalam gambar gajah  rajah.

Okey.Dah buat step 1 dan 2?Gmbar kat bawah ni hasil step 1 dan 2.


Nampak tak hasilnya?Nampak tak?Nampak tak?Hehe.okay.Kita belum habis lagi.Sekarang masa untuk kita edit BACKGROUND pula.


3)Klik pada background
4)Pilihlah background apa yang korang nak mengikut citarasa korang ye?Hihi.

Tapi mesti ada antara korang yang boring kan dengan background kat TEMPLATE DESIGNER ni?Takpe-takpe ada penyelesaiannye.

Kalau korang perasan kat gambar gajah  rajah di atas ada upload image kan?Perasan tak?perasan tak?Kalau tak perasan meh aku tunjukkan.


Kat gambar rajah di atas aku ada bulatkan Upload image.Sekarang dah perasan kan? korang klik kat upload image tu cepat.TAPI,,sebelum tu korang kenalah ada background yang korang nak.Selalunya aku akan cari background kat google je.Tapi nak senang cari kat website ni-------> http://www.backgrounddiva.com/.Lepas korang dah jumpa background yang korang berkenan tu, korang right click kat mouse korang then tekan save image as.Contohnya macam ni



So sekarang korang dah ade background yang korang nak.Tapi jgn sampai korang lupa lah mana korang save background tu.

Berbalik pada upload image tadi.



5)Klik UPLOAD IMAGE
6)Klik choose file dan klik la background yang korang save tadi
7)Klik DONE!

Lepas korang dah tekan done tu,Korang akan jumpa ini.



8)Korang klik situ then pilih TILE.sebab korang punya background tu tak besar saiznya so korang kena TILE kan background tu.
9)Untick scroll with page tu sebab kita taknak background bergerak sekali bila kita scroll kita punya blog.Ok?

Lepas dah habis semua step tadi,korang tekan la APPLY TO BLOG.Dan hasilnya begini.

=
=
=
=


Whoaa!Nampak lainkan sekarang blog korang.Tapi kalau korang tak puas hati lagi dengan font blog korang,korang pergi balik ke TEMPLATE DESIGNER dan tekan ADVANCED.





10)Klik pada advance
11)Pandai-pandailah korang nak edit mcm mana blog korang.Font warna apa,style mcm mane,size font berapa,warna font header apa.Mengikut citarasa anda ya!


Ok dah habis pun tutorial ni.Aku harap korang faham la sebab ni first tutorial.Tapi aku suka pula nak buat tutorial.Kalau anda benda korang tak faham.Jangan malu jangan segan.Korang tanya je.InsyaAllah aku akan tolong ok?

p/s:Kalau korang perasan kat gambar gajah rajah kat atas ada tab CIK EPAL kan?Waah kantoi aku usha blog cik epal sambil buat tutorial ni.Waahaa.Rindu kot dengan Cik Epal.Lama menghilang.Kalau korang nak tahu,aku terdetik hati nak buat blog dari Cik Epal la.Hihi.Welcome back Cik Epal!

p/s/s:Hope Tutorial ni dapat membantu korang yang baru melangkah ke dunia blog ni.!

Oct 25, 2010

Membaca amalan mulia dikala ponteng sekolah!

Macam sengall je kan tajuk post aku.Perghh lantak.Memang tu pun keje aku sekarang.Ponteng sekolah then baca novel sampai habis.Memang syok habis.Setakat ni duit raya aku hbs dek beli novel je.Gua tak kesah.Janji duit aku tak habis dengan beli benda yg tak sepatutnya.Dan aku akui aku mmg suka gila baca novel.Novel yg paling aku suka klu novel tu buat aku menitis air mata!Huahuahua.Memang best gila air mata mengalir,air hidung meleleh..ceitt!Pengotor.Dah lama aku tak pergi sekolah.Pergi sekolah pun nak buat apa?Nak menghadap muka pyscho kat sekolah tu?Benci aku!

Waa janji aku baca novel kan?dari aku pergi melepak ngan kwn!Buang masa!ceittt!Aku ckp je lebih padahal hati meronta nak keluar ngan kawan tgk wayang cerita CUTI CUTI CINTA.Siapa yg rela nak bawa aku pergi tgk wyg?Angkat kaki laju2!!T_T


Nah ngadap muka aku sampai muntah darah!Hhaha;)

Oct 22, 2010

Pemalas..!

Alarm berbunyi.

Aku tgk hp aku pukul 5.45 am then tekan snooze.

Alarm berbunyi lagi.

Tgk hp lagi pukul 6 am aku tekan snooze lagi.

Alarm dengan semangatnya berbunyi lagi.

Aku dengan gediknya tekan snooze lagi.

Last2,Guaaaa tak pergi sekolahhh..Hahaha.Pemalas kan gua????

Oct 20, 2010

Blackberry Torch 9800 & Celcom Exec 50.Wuhuuu!
















CELCOM
perghhgilasuperbfuyohhfuyohawesomeohmaigodterbaikterangkatPALINGG JIMATTTTTTTTTTTTT!!!!!
*sebut dalam satu nafas kalau mampu!haha


Berminat dengan BlackBerry Touch 9800 ,pre-register di celcom sekarang!

p/s:Entry ini untuk contest yang dianjurkan dengan kerjasama Nuffnang dan Celcom.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari sini

What i eat in a day for weight loss

On previous post, I talked about what i did to lose weight. This time, I'm going to show you guys what i eat in a day and what food I av...