Nov 20, 2010

Adegan cium mulut masuk suratkhabar!Femes dowh..

Okay sekarang kita berada di rancangan terjah menerjah baa chak bersama saya hos anda si piqah peot!Pada episod kali ini kita ingin merungkai tentang isu COMOLOT yang berlaku di hadapan Pavilion yang tersergam indah bak kejora yang kini dah kuar suratkhabaarrrr...Ok mari kita bersama-sama membaca artikel ini secara berjemaah yang di bawa oleh pakcik metro kita dan dihangatkan lagi oleh rancangan terjah menerjah baa chak!


Sumber:Suratkhabar Harian Metro 20 November 2010


KUALA LUMPUR: Babak bercumbu ala filem Hollywood dilakukan pasangan remaja Melayu tanpa segan silu yang tersebar secara meluas di Internet melalui laman YouTube menyebabkan kemarahan ramai pihak kerana jelas ia mencemarkan imej Melayu dan Islam.
Video yang mula dimuat turun pada 14 November lalu kini mendapat pelbagai kutukan kerana jelas melanggar tata susila masyarakat Malaysia. Kebanyakan penonton video berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dalam ruangan komen bagi mengutuk tindakan melampau remaja terbabit.

Kemunculan klip video itu dipercayai dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur menunjukkan akhlak masyarakat Melayu terutama remaja kian luntur.

Tanpa rasa malu, pasangan berkenaan bercumbu sambil aksi panas mereka dirakam rakan-rakan yang turut terbabit.

Puncanya bermula dengan perselisihan faham pasangan itu yang membawa kepada adegan bercium dimulakan si gadis kerana ingin memujuk teman lelakinya yang merajuk.

Malah, mereka tidak mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang di belakang sebaliknya terus hanyut dalam gelora nafsu sebagai tanda menunjukkan kasih sayang.

 Isunya hanya kerana teman lelaki terasa hati dengan teman wanitanya berkenaan pertikaian sama ada memilihnya atau pusat membeli-belah Suria KLCC. Pasangan remaja Melayu terbabit juga tidak segan berpeluk-pelukan manakala teman wanita pula merengek-rengek memujuk jejaka pujaan hatinya.

Drama ala Hollywood semakin panas apabila rakan teman lelaki menghasut supaya dia meninggalkan teman wanitanya.

Akibat tidak tahan hasutan rakan teman lelakinya, si gadis bertindak di luar kawalan apabila terus mencium teman lelakinya sebagai langkah memujuk.

Mengulas isu ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan dilakukan remaja terbabit menunjukkan akhlak masyarakat kini semakin runtuh.

Menurutnya, ibu bapa memainkan peranan mendidik anak supaya mempunyai rasa malu melakukan perkara tidak elok daripada kecil.

“Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak kerana mereka penyambung generasi manusia.

“Perbuatan yang dilakukan pasangan terbabit jelas menjejaskan imej Islam. Dulu orang hormat Melayu kerana nilai kesopanan yang ada tetapi kini ia sudah hilang dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan remaja terbabit sudah dianggap zina mulut dan jika ditangkap boleh dikenakan tindakan berperangai tidak senonoh.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, gejala yang berlaku ini amat menyedihkan dan menggambarkan keadaan masyarakat kini sudah kehilangan adab.

“Generasi muda sudah tidak malu terbabit dengan kegiatan sedemikian. “Semua ini berlaku disebabkan budaya liberal terlalu berleluasa sehingga adab sopan sudah tidak penting lagi.

Menurutnya, amalan liberalisme ini akan meruntuh prinsip dan tradisi orang Melayu dan Islam.

“Saya menyarankan supaya remaja di luar sana dapat menjaga maruah mereka dan berfikiran panjang supaya tidak menimbulkan aib sehingga dipandang serong masyarakat.

“Budaya tegur-menegur perlu diwujudkan semula melalui kerjasama masyarakat yang prihatin menegur secara baik,” katanya.


Apa nak cakap?Nasi dah jadi bubur.Muka terang2 nampak.Buat malu je la poitt..Sapa suruh buat sesuatu tanpa berfikir.Sapa susah?Diri sendiri jugak kan.Kita hanya mampu berdoa agar dorang ni balik ke pangkal jalan.So pesanan dari saya si piqah peot... LU PIKIR LA SENDIRI...*Nabil pun pikir la sendiri ye.T_T

10 comments:

Unknown said...

mereka mcam siot!
benci giler bile tgk dorg
takde otak lnsung ok

syafiqah ezam shah said...

@sharaBUNGA
betul2!mmg benci tgk dorang..mmg takde otak pun..

Cik Liyana said...

ROTAN JEK BERBUDAK NIH!!

cik mas said...

korang..kes nabil comolot 2 cm ne lak?? betol ke die dgn qasya 2???

syafiqah ezam shah said...

@Cik Liyana
yeah!

syafiqah ezam shah said...

@♥..permysuri_hati..♥
tak tau la...

Aina Yasmin said...

camtu lah jadinya bile dah gatal sgt nak kahwin ! haha,merosakkan agama kita je :D

syafiqah ezam shah said...

@yasmin
tu la pasal adek..ish2..

Anna Boleyn said...

salam.. dah masukkan link blog ni dlm bloglist HLN. sila check kat bloglist 'Another Love Nest'. Thanx :)

syafiqah ezam shah said...

@Anna Boleyn
Welcome kak Anna:)

What i eat in a day for weight loss

On previous post, I talked about what i did to lose weight. This time, I'm going to show you guys what i eat in a day and what food I av...